Anda nak beli batang seleri satu atau dua pelepah je, masalahnya di kebanyakan pasar dan pasaraya menjualnya satu pokok dalam satu bungkusan. Tapi terpaksalah beli juga kerana nak guna, yang lebih tu tak tau bila nak guna lagi.
Sudahnya lebihan batang seleri terbiar begitu sahaja. Ehh jangan buang atau biarkan begitu saja, ada baiknya anda simpan batang seleri. Jika ia disimpan dengan cara yang betul, batang seleri boleh tahan hingga dua minggu. Tak percaya ikut tip ini.
Beli batang seleri yang segar.
Batang seleri yang segar akan tahan lebih lama bila disimpan. Batang seleri yang segar berwarna hijau dan mudah dipatahkan sifatnya rangup. Jika liat dan batang berwarna hijau pudar itu tanda tidak segar lagi.
Ads
Balut pangkal batang seleri dengan aluminium foil
Kesegaran pangkal batang seleri sangat mempengaruhi kesegaran pucuk. Oleh itu, potong sedikit pangkalnya kemudian balut dengan aluminium foil dengan kemas. Cara ini mengelak pangkal batang seleri menjadi kering bila kering batang akan cepat layu dan tidak tahan lama.
Simpan dalam peti sejuk
Seperti sayur lain, simpan batang seleri dalam peti sejuk adalah cara paling selamat untuk memastikan ia tahan lebih lama. Masukkan dalam plastik dan buat lubang pada plastik untuk ruang udara supaya tahan lama. Tetapi ingat! Jangan cuci batang seleri jika ingin disimpan ye, kerana ia akan menjadikannya lebih cepat layu.
Letakkan dalam bekas berair
Ads
Sama seperti pokok lain, batang seleri akan tahan lebih lama bila diletakkan dalam bekas berisi air dan tutup bahagian dengan plastik. Dengan cara ini batang seleri anda akan kekal segar, rangup dan tahan lebih lama.
Simpan dalam freezer.
Selain menyimpannya dalam peti sejuk, simpan dalam freezer menjadikan ia tahan lebih lama, kerana dalam keadaan beku aroma seleri akan tersimpan dengan baik, warna daunnya juga tidak akan berubah.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hajat jamu tetamu dengan bihun sup, supaya mudah kerja ramai yang mencelur bihun awal. Ada juga terjadi selepas dicelur, bihun hancur dan tak tahan lama. Malah jadi berlendir.
Salah satu sebabnya adalah kerana bihun dicelur dengan kaedah yang tidak betul. Untuk celur bihun jangan terus rendam dengan air panas. Ada tekniknya, caranya dikongsi oleh Pak Man yang juga merupakan pengusaha restoren melalui akaun TikTok beliau.
Cara betul celur bihun supaya tak hancur dan berlendir
1. Terlebih dahulu rendam bihun dengan air paip dulu selama 20 minit. Kemudian tos.
2. Kemudian sediakan besen dan masukkan kunyit jika buat bihun sup utara.
3. Selepas itu tuang air panas yang baru mendidih, dan masukkan bihun yang direndam tadi.
4. Kemudian kacau-kacau hingga bihun nampak kembang.
5. Buang air panas tadi dan tos hingga bihun betul-betul kering. Jangan ada air yang bertakung dalam bihun tadi.
Cara ini barulah bihun tahan lama, tak berlendir dan tak hancur.
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah. Anda hanya perlu taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan banyak lagi. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah, ia membantu buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel dan belimbing. Oleh itu, selepas potong buah-buah ini kemudian rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Dalam hal menyusun atur ruang dapur ramai yang berhadapan dengan masalah terutama dalam hal menyimpan kuali, periuk dan pinggan mangkuk. Sebolehnya kita inginkan kekemasan dan tidak semak mata dengan perletakkan yang tidak sempurna di sudut dapur. Bila semuanya teratur kerja masak pun mudah. Capai saja peralatan yang dikehendaki dengan pantas.
Terdapat berbagai cara untuk penyimpanan barang-barang dapur seperti kuali, periuk dan pinggan mangkuk. Berikut ialah beberapa cara untuk menyimpan barangan tersebut
Kabinet dapur– kabinet dapur adalah merupakan satu sistem di mana ruang-ruang penyimpanan peralatan ditutup dengan pintu kabinet. Sistem ini memberikan kelebihan di mana peralatan yang mungkin agak lama dan buruk dapat disorok dari pandangan mata. Ini sekaligus memberikan pandangan yang lebih kemas dan teratur pada sesebuah dapur.
Rak terbuka/para-para– rak terbuka atau para-para adalah satu sistem penyimpanan terbuka di mana perkakasan dapur di susun di atas rak kayu atau konkrit. Sistem ini mempunyai kelebihan jika kita mempunyai perkakasan yang menarik kerana ia dapat dilihat secara terus.
Jika dapur tersebut berkonsep tradisional misalnya, periuk belanga serta perkakasan tradisi boleh disusun dan menjadi satu feature di dalam dapur tersebut. Kelebihan utama bagi sistem penyimpanan begini ialah perkakasan dapur dapat dilihat secara terus dan ini memudahkan pemilihan dan pengambilan perkakasan yang ingin digunakan.
Gantungan – gantungan adalah merupakan para yang digantung pada bahagian siling dapur. Gantungan ini biasanya diletakkan di bahagian atas pulau iaitu di tengah-tengah dapur. Periuk bertangkai dan kuali digantung menggunakan penyangkut yang memberikan kesan rustic dan bersahaja.
Sistem sebegini biasanya sesuai untuk dapur yang berkonsepkan country. Di samping menjadi satu feature yang menarik, gantungan ini juga berperanan sebagai tempat pengeringan untuk perkakasan dapur.
Kredit gambar:123 royalty free
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.