Cara Rebus Telur Agar Mudah Kupas, Licin & Tak Menggerutu.

Share

Nak tahu cara rebus telur supaya tak melekat di kulit bila dikupas? Maklumlah, telur rebus ni ramai yang suka makan. Selain dinikmati bersama nasi lemak, ia juga boleh dijadikan pelbagai sajian enak untuk keluarga. Salah satu masalah yang kita selalu hadapi bila ‘deal’ dengan telur rebus ni ialah semasa nak kupas kulitnya. Ada ketika, mudah nak kupas. Namun ada kalanya susah betul. Sampai terkopek-kopek isi dibuatnya. Jadi bila dimasak, nampak tak cantik. 

Menerusi perkongsian Puan Waheeda Basiron
beliau menunjukkan cara rebus telur supaya mudah dikupas dan kulitnya tidak melekat pada isi.

 

CARA REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS & CANTIK 

1. BASUH TELUR

  • Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.

2. GUNA GARAM & MINYAK MASAK

  • Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.

3. REBUS

  • Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.

4. RENDAM & KUPAS

  • Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan malah memudahkan kerja.

 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

 

Kredit petua & foto:  Waheeda Basiron

 

IKLAN