Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu perkongsian dari saudara Abdul Muhaimin Mahfuz.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
1. Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya. Pastikan bakar dengan api terus seperti dalam gambar atau guna kayu api pun boleh.
3. Bakar hingga betul-betul rentung seperti ni. Cara untuk tahu kaki lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
Ads
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah dan agak susah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas. Boleh guna tukul, pisau dan sebagainya untuk memudahkan kerja.
4. Kaki lembu yang telah siap dibersihkan.
Ads
5. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya senang dimasak, mudah lembut dan senang dimakan. Hanya potong guna pisau kerana bahagian ni lembut.
6. Bersihkan kaki lembu dengan membuang kesan-kesan arang. Kemudian bolehlah direbus dengan api sederhana selama 4 jam. Boleh juga guna periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak.
Ads
7. Masak hingga kaki dan urat menjadi lembut.
8. Kemudian bolehlah masukkan aneka bahan-bahan sup yang lain mengikut resipi kegemaran anda.
9. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Kalau makan mi goreng atau mi rebus, memang sedap kalau ada cili jeruk. Nak buat cili jeruk, biarlah masih ada rangupnya. Jangan sampai terlalu lembik. Nanti kurang sedapnya.
Melalui facebook Rafidah Zainul, ibu ini kongsi cara membuat cili jeruk yang sedap dan tidak lembik. Jom tengok.
CILI JERUK
BAHAN-BAHAN
5 tangkai cili besar hijau
4 tangkai cili padi
1 sudu besar gula pasir
Cuka
CARA MEMBUAT
1. Cili besar hijau dibasuh dan dihiris. Masukkan cili hijau besar dan cili padi ke dalam bekas kaca.
.
2. Masukkan gula pasir.
.
3. Masukkan cuka makan sampai tenggelam cili tadi.
.
4. Kacau dan biarkan selama 2 jam. Sedia dimakan.
PESANAN PENTING!
Jangan tambah air dalam rendaman cili jeruk. Ini akan menyebabkan cili jadi lembik dan rasanya tidak sedap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bau ikan yang hanyir boleh menyebabkan kita terbantut selera untuk menikmatinya. Malah ada yang menolak terus hidangan ini.
Sebenarnya untuk mengelakkan ikan berasa hanyir malah memberi rasa lebih enak, ikan bukan hanya dicuci begitu sahaja. Lakukan sekali petua yang dikongsikan oleh Juriah H Mazlan semasa prose membersih.
Petua hilangkan hanyir ikan, rasa pun lebih sedap
Ini caranya;
1) Basuh ikan tak kira apa jenis sekalipun dengan bersih. Toskan dulu airnya.
2) Ambil sebiji atau dua biji limau kasturi
3) Perahkan limau pada ikan dan letakkan sesudu dua garam kasar.
4) Gaulkan rata-rata denan ikan dan biarkan dalam satu minit.
5) Bilas semula ikan bersih-bersih.
6) Masaklah seperti biasa. Nak goreng, masak gulai dan sebagainya.
7) Nak simpan separuh dalam peti sejuk pun boleh. Insya-Allah, tiada rasa hanyir ikan, rasa gulai atau gorengan pun jadi lebih sedap.
Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.
2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.