
nyahbeku ikan
Nak masak cepat, tapi ikan atau ayam masih keras beku dalam peti sejuk? Jangan panik. Ada cara mudah dan cepat untuk nyahbeku ikan tanpa perlu tunggu berjam-jam. Dengan hanya menggunakan campuran garam dan cuka, proses melembutkan ikan boleh siap dalam masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.
Kaedah ini sangat membantu terutama ketika nak memasak secara tergesa-gesa. Selain mempercepatkan proses nyahbeku, campuran ini juga membantu mengurangkan bau hanyir ikan dan ayam secara semula jadi.
Jika biasanya ikan mengambil masa lama untuk lembut sepenuhnya, tip mudah ini boleh menjimatkan masa di dapur. Hanya gunakan dua bahan asas yang memang ada di rumah.
1 sudu besar garam
1 sudu besar cuka
Air suam secukupnya
Mula-mula, masukkan air suam ke dalam bekas besar. Pastikan air tidak terlalu panas kerana suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan bahagian luar ikan menjadi separuh masak.
Tambah satu sudu besar garam dan satu sudu besar cuka ke dalam air tersebut. Kacau sehingga garam larut sepenuhnya.
Masukkan ikan atau ayam yang masih keras beku ke dalam campuran tadi. Pastikan keseluruhan bahagian tenggelam supaya proses nyahbeku berlaku dengan sekata.
Biarkan selama sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.
Apabila ikan sudah lembut, bilas bersih menggunakan air biasa. Selepas itu, ikan boleh terus disiang dan dimasak seperti biasa.
Campuran garam membantu mempercepatkan proses pencairan ais pada permukaan ikan, manakala cuka membantu melembutkan tekstur dan mengurangkan bau hanyir. Sebab itu cara ini lebih cepat berbanding hanya merendam menggunakan air biasa.
Selain ikan, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk ayam beku yang ingin dimasak segera.
Memang mudah dan menjimatkan masa. Dengan cara nyahbeku ikan ini, anda tak perlu lagi tunggu lama hanya untuk memasak hidangan harian di rumah.
Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: