3. Lipat roti prata separuh dulu dan berhati-hati ye. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit. 4. Kelim tepi atau guna garfu untuk tutup habis karipap ni. Masukkan dalam peti sejuk beku selama 5 minit untuk bagi separuh keras supaya kita boleh tanggalkan plastik lapik roti prata ini.
5. Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180C selama 10 minit. Kemudian terbalikkan sebelahnya pula, bakar suhu yang sama selama 10 minit.
6. Dah siap. Sangat rangup berlapis-lapis roti prata ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang.
Ads
*Inti boleh isi apa-apa je. Terpulang pada tekak masing-masing. Macam inti sardin/kentang/ayam/telur rebus/ayam black pepper dan lain-lain.
Buat pencinta kopi, muffin ini pasti menjadi kesukaan anda. Menurut chef Sue espresso yang digunakan dalam bahan muffin ini sebaiknya guna kopi yang baru brew, untuk dapatkan rasa kopi sebenar. Kopi yang berkualiti akan menghasilkan espresso yang sempurna dan memberi rasa yang enak pada muffin. Jika tiada atau tak pandai brew kopi sendiri, boleh beli espresso di mana-mana kedai kopi (San Francisco Coffee/coffee bean/Starbucks dan lain-lain). Juga tidak digalakkan untuk ganti espresso dalam resipi ni dengan kopi segera atau kopi emulco, rasanya akan jadi lain nanti.
**tbsp – tablespoon (measuring spoon ya bukan sudu makan nasi ) ***tsp – teaspoon (measuring spoon, bukan sudu kopi).
Cara membuat: 1. Buat streusel dulu. Caranya campurkan semua bahan A dalam mangkuk. Gunakan hujung jari, ramas-ramas lembut hingga jadi seperti bread crumbs. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, minyak jagung, esen vanilla dan espresso. Pukul dengan whisk (hand whisk saja) hingga semua bahan sebati. Jangan pukul berlebihan. 3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam adunan. Kaup-balikkan sebati guna spatula.Jangan kacau berlebihan, hanya satukan semua bahan hingga sebati. 4. Sediakan acuan muffin yang disapu sedikit minyak atau boleh juga guna paper cupcakes. Tuang adunan muffin tadi ke dalam acuan hingga 3/4 penuh. Kemudian tabur streusel yang dah siap awal tadi secukupnya. 5. Bakar muffin dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak (test dengan mencucuk lidi dalam muffin, kalau lidi keluar bersih tak melekat maknanya muffin dah masak sempurna). 6. Sementara itu, dalam mangkuk lain, satukan bahan C lalu kacau rata hingga likat. Tuang (drizzle) ke atas muffin tadi dan hidangkan. Kredit: Sue M Arukin
Cuti hujung minggu kalau dimeriahkan dengan manisan untuk sarapan pagi adalah bonus untuk surirumah. Encik suami mesti tersenyum lebar bila dihidangkan manisan kegemarannya ini. Resipi asal dari Azie Kitchen olahan Anith Syazwani sangat menarik menggunak acuan shell tart lain dari yang lain. Selamat mencuba.
KUIH NONA MANIS
(Bahan A)
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan- campur santan kotak dgn sedikit air jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan
(Bahan B)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis.
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple
CARA MEMASAK:
Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.
Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih.
(Bahan C)
1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
* Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik).
CARA MEMBUAT NONA MANIS:
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
Air Katira minuman yang cukup popular dan sentiasa diburu di bazar-bazar Ramadan. Ada berbagai versi Air Katira namun Air Katira yang paling sedap dan mantap tentulah Air Katira versi Johor. Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat Air Katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat Air Katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI AIR KATIRA VERSI JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar katira 1 sudu besar biji selasih – BELI ONLINE 3 biji kurma 3 biji kembang semangkuk 4 biji badam 4 helai daun pandan 4 sudu besar gula –BELI ONLINE 1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml
Inilah katira.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.
4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.
7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.