Cara Mudah Masak Cucur Ayam Bersayur Yang Sedap.

Share

Cucur Ayam perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni sangat sempurna jika dijadikan hidangan minum petang. Malah kalau nak dijadikan menu untuk potluck atau bekal juga sesuai. Boleh tambah aneka sayur seperti daun sup, kucai, daun bawang atau bayam

untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Anak-anak pasti berselera. Cubalah.

 

RESIPI CUCUR AYAM @ BEBOLA AYAM BERSAYUR

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
  • Bawang merah – hiris dadu
  • Cili merah
  • Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
  • Sedikit garam
  • 1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.

CARA MEMASAK:

1. Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.

2. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.

3. Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.

4. Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN