Kebanyakan periuk dan kuali di rumah memang bersih permukaannya tetapi bahagian belakang selalunya hitam dan berkerak. Memang susah nak hilang. Sebelum kerak hitam semakin menebal, cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Eyda Fyda. Memang berkesan. Belakang periuk atau kuali terus licin berkilat.

********

Cara Mudah Kilatkan Periuk Yang Berkerak

 

Kita nak bagi tips periuk berkilat seakan baru..

Dari start beli kita tak pernah pakai periuk ni. Dapat kat family depa ni rajin masak tu yang sampai jadi macam tu. Berkat kesungguhan dan kerajinanku hari ini, jadilah macam baru walaupun setengah hari jugalah menyental, penat berhenti lepas tu sambung, pastu berhenti pastu sambung.

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

IKLAN
  1. Sabun cap buruh/sabun mandi
  2. Gosok periuk kasar
  3. Tenaga dan kerajinan

Cara Mudah Kilatkan Periuk Yang Berkerak

Cara Mudah Kilatkan Periuk Yang Berkerak

Cara Mudah Kilatkan Periuk Yang Berkerak

 

IKLAN

CARA-CARA:

  1. Lumurkan sabun buruh/mandi keliling kuali atau periuk
  2. Kemudian, biarkan sebentar dalam 10 minit
  3. Selepas itu, apa lagi keluarkan tenaga untuk menyental
  4. Ulang semula selagi tak bersih

 

Cara Mudah Kilatkan Periuk Yang Berkerak

Cara Mudah Kilatkan Periuk Yang Berkerak

IKLAN

 

TIP KALAU DAH TAK LARAT NAK MENYENTAL:

  • Agak-agak dah tak larat berhenti dulu, sambung buat benda lain sementara tinggal tu, lumur lagi dengan sabun, nanti dah ada tenaga sambung lah balik menyental.

Kalau anda tengah berkira-kira mahu beli kuali atau periuk baru, boleh klik di sini.

 

KREDIT FOTO: EYDA FYDA

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI