Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai  tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini.  Namun  masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut RASA kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.

 

PETUA GORENG BERGEDEL YANG SEMPURNA

 1. Campurkan Dengan Tepung  Ubi Kayu.

Selain  campuran kentang, isi ayam,  hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan  telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng.  Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan  tepung  ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat  dan leperkan seperti bergedel.

2. Masukkan Dalam Peti Sejuk

Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit,  supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah  hancur bila digoreng.

 3. Celup Dalam Putih Telur

Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.

Ini 5 Cara Goreng Bergedel Supaya Tak Hancur &  Berminyak.

4. Pastikan Minyak Telah Panas

Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian  laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam  minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.

5. Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng

Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan.  Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.

Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI