Cara Mudah & Jimat Masa Untuk Buang Biji Cili Kering

Share

Cili kering yang dikisar sendiri, antara bahan penting yang perlu ada di dapur.

Tapi apa yang lecehnya, bila nak kena buang biji cili kering. Namun dengan kaedah yang dikongsi Ziela Mazlan ini, sangat mudah dan menjimatkan masa.

 

CARA BUANG BIJI CILI KERING

LANGKAH 1:

Cili kering dimesin menggunakan chopper. Jangan basuh dulu cili kering tu, nanti basah-basah susah nak asingkan biji cili. Saya guna yang saiz 3L, jadi boleh mesin lebih sekali jalan je.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Kejadian selepas dimesin dengan chopper.

 

LANGKAH 2:

Asingkan biji cili tu guna tapis je. Sekejap je da siap. Cuci bersih-bersih kemudian barulah rebus.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

LANGKAH 3:

Ini kejadian selepas rebus (seperti dalam gambar), langsung tiada biji cili.

Lepas rebus, bolehlah kisar macam biasa bersama dengan beberapa ulas bawang putih supaya cili kisar tahan lama.

Kredit: Ziela Mazlan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN