Tidak dapat dinafikan bahawa air fryer ini memudahkan kita semua untuk memasak. Malah, kita pun jadi semakin rajin dan semangat untuk memasak hidangan untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Air fryer sebenarnya memudahkan kerja ibu-ibu di dapur. Malah, dapur juga akan lebih kemas dan tidak bersepah. Namun begitu, anda jangan hanya guna sahaja air fryer tersebut. Anda juga perlu tahu cara untuk mencuci air fryer dengan betul agar tiada sisa makanan yang melekat pada bahagian jaring bakul air fryer.
Nak tahu cara yang betul untuk mencuci air fryer anda? Jom ikuti perkongsian daripada Amanda Tan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
CARA MEMBERSIHKAN AIR FRYER
PERALATAN YANG DIPERLUKAN:
Cuka buatan
Soda bikarbonat
Span lembut
Sabun cuci pinggan
Kain bersih
Berus plastik
LANGKAH-LANGKAH:
Ads
Langkah 1
Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan telah ditutup suiz.
Langkah 2
Keluarkan bakul jaring dan letak ditepi.
Langkah 3
Ambil tisu dan lap sisa-sisa minyak atau makanan yang ada di dalam bakul. Ia bertujuan untuk memudahkan anda untuk mencucinya. Kemudian, masukkan semula bakul jaring ke dalam bakul.
Langkah 4
Kemudian, didihkan air di dalam periuk lain. Setelah air panas, tuangkan air panas tadi ke dalam bakul air fryer. Ia akan memudahkan sisa makanan yang melekat pada bakul jaring tertanggal dengan lebih mudah. Jangan gosok menggunakan span basuh pinggan untuk mengelakkan coating pada bakul jaring tertanggal. Rendam dalam 3 minit. Jika masih ada sisa yang terlekat, cuba lakukan langkah di bawah ini.
Langkah 5
Masukkan cuka 1 penutup dan masukkan soda bikarbonat dalam suku daripada sudu. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer anda. Cara ini akan memudahkan sisa makanan pada bahagian jaring tertanggal. Rendam dalam beberapa minit.
Langkah 6
Sementara menunggu sisa makanan tertanggal, anda juga boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk membersihkan bahagian bakul jaring.
Langkah 7
Selepas itu, buang air rendaman tadi. Elakkan daripada memegang bahagian handle air fryer anda, sebaiknya pegang pada sisi bakul sahaja. Kemudian, ambil sedikit sabun dan cuci bersih.
Langkah 8
Cuci bakul air fryer seperti biasa. Cuci pada bahagian luar dan dalam. Bahagian hadapan cukup sekadar gosok dengan tangan untuk mengelakkan ia daripada tercalar.
Ads
Langkah 9
Bilas bersih dengan air. Siap!
CARA MENCUCI BADAN AIR FRYER
Langkah 1
Simpan wayar dengan menolak ke dalam seperti di dalam gambar.
Langkah 2
Baringkan air fryer perlahan-lahan. Kemudian, basahkan kain dengan air tanpa menggunakan sabun. Pastikan kain di dalam keadaan lembap dan tidak berair. Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.
Langkah 3
Kemudian, bersihkan semua bahagian secara lembut.
Ads
Langkah 4
Lapkan juga pada bahagian luar. Barulah nampak cantik dan berkilat.
Langkah 5
Siap!
Jika anda sedang mencari AIR FRYER baru yang murah dan berkualiti, klik DISINI.
Ada pisau baru yang lama jangan di lupakan. Masih boleh digunakan lagi jika betul cara jagaannya. Jika ada pisau yang sudah karat tapi sayang nak buang sebab masih boleh digunakan. Ini cara mudah untuk menghilangkan kesan karat tanpa susah payah menyental! Wajib cuba…
BAHAN-BAHAN:
1 Botol Cuka Makan
CARA MENYEDIAKAN:
Rendam dalam cuka makanan selama 24 jam.
Bilas dengan air paip.
Kemudian sadur dengan minyak pelincir atau minyak masak.
CARA LAIN:
GUNAKAN: Cawan, cuka putih, span, kain
1) Tuangkan cuka ke dalam cawan atau kuali. Pastikan menggunakan cuka putih, yang mengandungi bahan yang dipanggil asid asetik yang akan menyerang karat.
Lain-lain jenis cuka boleh meninggalkan kesan.
2) Rendam pisau berkarat Jika anda tidak mahu merapikan seluruh pisau (atau pisau), anda juga boleh merendam tuala kertas di dalam cuka dan balutkannya di sekeliling pisau. Hanya tinggalkan pisau selama kira-kira lima minit. Semakin lama dan anda berisiko merosakkan bilah anda.
3) Lap ke bawah bilah. Jika masih terdapat sisa karat boleh lakukan dengan kaedah baking soda atau WD-40, Saya sekali lagi akan mengesyorkan minyak mineral untuk perlindungan dan pembersihan tambahan.
Sudah banyak petua yang telah dikongsikan tetapi petua ini sangat jarang didengar, secara kebetulan kisah ini membuatkan segelintir telah mencuba petua ini dan ianya menjadi.. Cubalah.
PETUA YANG DITEMUI SECARA KEBETULAN
Al kisah zaman dahulu, ada seorang wanita terjatuh beberapa bunga cengkih dalam periuk nasi yang nak dimasak untuk keluarga. Lepas masak dan satu keluarga makan, nasi tu tak abis dan dibiarkan atas dapur sampai esoknya. Selalunya, keesokan paginya, nasi tersebut akan basi tapi anehnya nasi tu masih elok. Dia pun rasa dan ternyata tidak basi. Lepas diingat-ingat kembali barulah perasan yang dia terjatuh beberapa butir bunga cengkih ketika masak nasik.
CARA BUAT NASI LAMBAT BASI
Ada masalah nasi cepat basi? Dah tukar macam-macam jenis beras pun masih cepat basi juga? Mungkin dah sampai masa untuk anda tukar periuk nasi kot.
Mesti runsing kan bila kena hadap masalah macam ni. Okay harini kai nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengelakkan nasi daripada cepat basi.
1. Ambil sedikit bunga cengkih lebih kurang dalam 2 hingga tiga tangkai bersama dengan secubit garam.
2. Kemudian campurkan ke dalam beras yang hendak dibasuh.
3. Basuh beras seperti biasa.
4. Tanak juga seperti biasa sehingga masak.
Hasilnya nanti anda akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama. Selamat mencuba. KONGSIKAN.
Kalau nak jimat, lebih baik DIY rak dapur sendiri. Kosnya lebih murah, cuma memerlukan sedikit kesabaran. Yang penting jimat. Kali ini, kami akan kongsikan cara nak buat rak dapur menggunakan bakul seperti yang dikongsi oleh Abe Nik. Selamat mencuba.
DIY RAK DAPUR
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Hanger besi
2 buah bakul
Cable tie
CARA-CARA:
1. Letak bakul di atas permukaan yang rata, ikat pada bahagian tengah bakul pada hanger menggunakan cable tie.
2. Ikat kemas-kemas sehingga tidak bergoyang.
3. Buat cara yang sama pada bahagian satu lagi. Kemaskan ikatan.
4. Untuk bahagian atas pula, ikat hanger pada bahagian tangkai bakul. Lakukan cara yang sama pada bahagian satu lagi.
5. Ikat lagi cable tie agar kemas dan untuk memperbetul kedudukan bakul.
6. Kemaskan ikatan. Potong cable tie yang berlebihan.