Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Share

Bagi penggemar Tat Telur, resipi perkongsian saudari Siti Suhaida Mohd Sani pasti memenuhi cita rasa anda. Mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai sangat kalau dijadikan sajian istimewa untuk keluarga. Bila makan, pasti puas hati. Memang terbaik. Sekali buat, dapat 20-24 biji.

RESIPI TAT TELUR PORTUGIS

BAHAN-BAHAN:
1 pek kecik puff pastri segera beli online disini


500ml susu segar
8 biji telur
300ml air
240gm gula kastor beli online disini
Esen vanilla beli online disini
2 sudu makan tepung jagung beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Canai nipis puff pastri tapi jangan nipis sangat. Potong kepada 2 bahagian. Jadi sekeping puff akan dapat dua biji tat telur nanti. Buat sampai habis untuk setiap keping puff.


2. Tekan puff pastri dalam loyang muffin.


3. Campur susu, air, telur, gula kastor, esen vanilla dan tepung jagung dalam mangkuk. Pukul sebati dengan pemukul.


4. Tapis adunan dan tuang sampai penuh dalam puff pastri yang sudah ditekan dalam loyang muffin tadi.

5. Bakar suhu 200C selama 40 minit atau sehingga permukaan tat jadi sedikit garing kehitaman.


6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti Suhaida Mohd Sani

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN