Lokching atau Sate Ikan Thai ini memang tidak asing lagi anda yang tinggal di Kelantan dan negeri-negeri bersempadan dengan Siam. Ia merupakan snek ringan yang dihasilkan dari kisaran isi ikan, dibakar dan dinikmati bersama sos pedas atau manis. Memang sedap! Nak cuba buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azieyan Azieyan ni. Memang imbau memori zaman kanak-kanak.
RESIPI LOKCHING / SATE IKAN THAI
BAHAN SATE:
250gm isi ikan Selayang (sardin) mentah – kisar lumat
100gm tepung ubi kayu / tepung kanji
1/2 biji bawang besar – dikisar
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan bersama bawang besar dan kisar hingga lumat.
Ads
2. Tuang ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat hingga sebati.
3. Cubit adunan dan bulat-bulatkan jadi bebola kecil. Penyetkan sedikit supaya sedikit leper.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng bebola tadi sekejap sahaja. Angkat dan toskan minyak.
5. Cucuk bebola sate ikan pada lidi dan bakar sekejap. Celup dalam sos dan bolehlah dinikmati.
TIP: Jika adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Ads
RESIPI SOS MANIS & PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Cili kering secukupnya – kisar lumat
4 ulas bawang putih – kisar lumat
1 1/2 cawan air
1 sudu makan tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu makan air
4 sudu makan gula atau secukupnya ( ikut citarasa masing-masing)
1/2 sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Lada burung ( cili padi) secukupnya – untuk sos pedas sahaja. Jika buat sos manis, tidak perlu letak.
CARA MEMBUAT:
Tumis bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Pewarna dimasukkan sedikit sahaja. Hanya untuk nampakkan warna pink. Kacau.
Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sos hingga mendidih.
Biarkan sos sejuk dan sedia dihidangkan bersama lokching.
Jika nak jadikan sos pedas, tambah lada burung dalam sos diatas.
Kalau sebut cucur, mesti ramai bayangkan jemput-jemput bawang atau bilis je kan? Tapi kali ni kami nak kongsikan versi cucur yang luar biasa sedap dan ‘upgrade’ sikit – Cucur Crabstick! Campuran rangup, pedas dan rasa seafood dalam satu suapan, memang buat ketagih. Resipi ni tak perlukan bahan pelik-pelik pun. Tapi ada satu trik rahsia yang buat cucur ni lagi padu: guna air sejuk dalam bancuhan! Jom cuba.
CUCUR CRABSTICK
Bahan-bahan:
250gm crabstick | 1 paket
1 biji bawang merah | dihiris
Daun kucai
2 cawan tepung gandum
Kiub ikan bilis
Air sejuk secukupnya
7 tangkai cili kering
Cara Memasak:
1. Di dalam mangkuk, masukkan crabstick, bawang merah, daun bawang, tepung gandum, kiub ikan bilis dan cili kering.
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tak pekat dan tak cair. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
4. Cucur Crabstick enak dinikmati bersama sos cili.
Kenapa air sejuk?
✅ Sebab ia bantu adunan kekal ringan dan tak liat. ✅ Cucur jadi lebih rangup di luar, lembut di dalam. ✅ Kurang serap minyak masa menggoreng.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Penggemar kacang mesti sukakan resipi ni, apa kata beralih arah pulak cuba resipi viral kacang kuda bersira ni, kalau dulu suka buat rebus kan. Nampak menarik, rangup walaupun bersira. Perkongsian dari Zana Mokhtar sangat berbaloi. Selamat mencuba!
KACANG KUDA BERSIRA
Bahan A:
Kacang Kuda rendam semalaman.
Tepung bestari.
Bahan B (kisar):
cili kering
bawang putih
serbuk kunyit
Bahan C:
serbuk jintan manis
serbuk jintan putih
serbuk ketumbar
serbuk kari
garam
gula
Cara cara:
Kacang kuda tu toskan air dia dan salutkan dengan tepung bestari tu ye. Lepas tu gorengkan dan letak tepi dulu hokey.
Tumiskan bahan B sampai wangi. Lepas tu baru masukkan bahan C.
Biarkan masak sampai wangi, garing dan kering. Baru masukkan kacang kuda yang dah goreng tadi.
Gaulkan bagi rata dan biarkan seketika betul betul kering ye.
Angkat dan sejukkan dulu. Lepas tu baru masuk dekat balang ye.
Umum tahu khasiat kacang kuda memang banyak untuk kesihatan kita. Berikut maklumat pemakanan untuk kacang kuda.
Secawan kacang kuda yang telah dimasak mengandungi
269 kalori
45 gram karbohidrat
15 gram protein
13 gram serat
4 gram lemak
0 gram kolesterol
Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, kacang kuda mengadungi vitamin K, folat, fosforus,zink, manganese, choline dan selenium.
Khasiat kacang kuda kepada kesihatan memang banyak. Akan tetapi anda haruslah tidak mengambilnya secara berlebihan untuk mengelak kesan sampingan kepada kesihatan. Pelbagai resepi terdapat di internet yang boleh anda amalkan bagi dimasukkan dalam diet anda. Sekiranya anda mempunyai alahan pada kekacang, anda haruslah berjumpa denga doktor anda untuk rujukan supaya tiada perkara buruk berlaku.
Makanan berasaskan halia dan bawang putih antara yang boleh membuang angin dalam badan. Untuk makan secara mentah, rasanya kurang enak. Jadi bolehlah hasilkan Bawang Putih Goreng Rangup @ Garlic Crunchy perkongsian saudari Murni Ja’afar seperti di bawah ni. Sangat ringkas, sedap dan tahan lama. Bawang putih dekat dapur pun tak akan jadi kecut. Jom cuba.
RESIPI BAWANG PUTIH GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih – jumlah ikut sebanyak mana yang anda nak hasilkan
Air garam ( garam dilarutkan dalam air. Kemasinan ikut citarasa)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Kupas bawang putih dan basuh bersih. Toskan.
2. Sagat bawang tadi nipis-nipis. Boleh juga dihiris menggunakan pisau.
3. Panaskan minyak dengan banyak dalam kuali.
4. Goreng hirisan bawang putih tadi guna api sederhana. Pastikan pandai mengawal suhu supaya bawang putih tidak berwarna gelap. Nanti rasanya pahit.
5. Sebelum bawang garing, masukkan 1 sudu teh air garam ke dalam minyak gorengan berisi bawang. Gaul rata dan masak hingga garing.
6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.