Anak-anak suka makan French Fries @ ubi kentang goreng? Seperti yang kita sedia maklum, makanan sejuk beku memang memudahkan kerja-kerja memasak namun kandungannya adakalanya tinggi garam, mengandungi msg, lemak tepu dan sebagainya. Oleh itu, jika anak-anak suka makan snek seperti kentang goreng, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri. Menerusi perkongsian Mung Ris, beliau kongsikan resipi Homemade French Fries. Rupa sebijik macam kentang sejukbeku yang dibeli tetapi lebih sihat & tentunya jimat wang!
CARA BUAT KENTANG GORENG @ FRENCH FRIES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kentang
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
Air secukupnya
1 sudu makan tepung ubi kayu – untuk salut 150gm ubi kentang. Jika nak goreng banyak, gandakan jumlahnya. 1 kg kentang anggaran 7-8 sudu makan tepung ubi kayu.
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kentang dan potong mengikut saiz yang bersesuaian.
2. Rendam potong ubi kentang di dalam air yang telah dicampur dengan jus limau nipis. Rendam selama 5 minit kemudian toskan.
3. Seterusnya, didihkan air yang telah dicampur dengan 1 sudu teh garam. Rebus ubi kentang tadi selama 4 minit sahaja.
Ads
4. Angkat dan tapis ubi kentang hingga airnya kering. Biar ubi kentang sejuk.
5. Masukkan 150gm ubi kentang ke dalam bekas berpenutup dan masukkan juga 1 sudu makan tepung ubi kayu. Goncangkan hingga ubi kentang bersalut sempurna.
6. Panaskan minyak masak dan goreng ubi kentang untuk kali pertama selama 4-5 minit sahaja. Angkat dan sejukkan.
Ads
7. Jika buat dalam jumlah yang banyak, lebihan ubi kentang yang telah digoreng kali pertama ni boleh disimpan dalam bekas dan disejuk bekukan.
8. Untuk gorengan kali kedua, masukkan ubi kentang tadi dan goreng selama 2 minit. Angkat dan rehatkan selama 4 minit.
9. Untuk gorengan terakhir, masukkan ubi kentang dan goreng selama 1 minit sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Pastikan goreng guna api besar.
Sedapnya Cinnamon Roll ni. Kalau makan panas-panas lepas siap dimasak, memang membuka selera. Semerbak bau wanginya!
Biasanya kalau teringin nak makan Cinnamon Roll ni, kenalah beli. Tapi menerusi resipi perkongsian saudari Shida Ambok ni, puan-puan boleh buat sendiri.
Lebih istimewa lagi resepi Cinnamon Roll ini sangat mudah dan tak perlu adun guna mixer atau uli tepung pun. Hanya guna 4 bahan sahaja mlah pstrinya hanya menggunakan roti prata segera. Hasilnya? Tentulah gebu dan sangat sedap. Memang berbaloi cuba buat untuk keluarga tercinta.
RESEPI & CARA BUAT CINNAMON ROLL YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
Kuih Gunting Bercili sangat sesuai disajikan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Keenakan dan kerangupannya buat kita tak sedar dah habis sebalang. Ada rasa pedas-pedas manja yang buat kita ralit memakannya. Nak buat Kuih Gunting Bercili yang sedap, tentunya anda perlu gunakan Anchor Unsalted Butter yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Menambah rasa dan keharuman pada Kuih Gunting kita. Jom cuba.
KUIH GUNTING BERCILI
Bahan-bahan:
700gram tepung gandum
200ml Anchor Cooking Cream
100ml Fernleaf Susu UHT
180gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
4 tangkai daun kari – cincang halus
5 tangkai cili kering – buang biji & gunting halus
1 sudu teh serbuk pati bilis
2 sudu teh garam
Bahan-bahan B (Kisar):
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
3 biji buah keras
Cara Memasak:
Kisar bahan-bahan B hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung, Anchor Cooking Cream, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur, cincangan daun kari, hirisan cili kering, serbuk pati bilis dan garam. Gaul semua bahan hingga jadi doh yang lembut dan tak melekat.Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tabur lebihan tepung ke atas papan pencanai. Ambil separuh doh lalu canaikan (tidak terlalu tebal dan terlalu nipis). Potong doh memanjang (1 inci lebar), kemudian gunting doh mengikut ketebalan yang disukai. Ulangi proses hingga semua doh habis.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng doh yang digunting tadi hingga keperang-perangan. Toskan.
Popia mini udang kering memang menjadi kegilaan ramai orang ketika hampir menjelang Syawal. Rasanya yang rangup sememangnya membuka selera. RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba buat sendiri.
POPIA MINI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
300 gram udang kering
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
CARA PENYEDIAAN
1. Kulit popia dipotong segi empat. Letak isi udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
2. Goreng guna minyak masak yang banyak. Ketika menggoreng, api kena perlahan. Kalau api besar, popia akan liat di bahagian dalam.
3. Setelah masak, angkat dan toskan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!