Cara Mudah Buat Cili Jeruk Homemade Yang Tahan Lama.

Share

Jom cuba buat cili jeruk homemade. Hidangan sampingan ni yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan mi goreng, nasi goreng atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap dan tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noriffah Mohd Hassan

 ni. 

 

CARA BUAT CILI JERUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Cili hijau segar – basuh dan lap kering-kering.
  • Balang kaca – basuh & lap kering-kering
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Cuka makan

 

CARA MEMBUAT:

1. Pilih cili yang segar dan basuh bersih. Kemudian keringkan hingga tiada kesan air.

2. Untuk menyimpan cili jeruk, guna balang kaca. Pastikan balang juga dibasuh bersih dan di lap hingga kering.

3. Potong cili. Jangan potong terlalu tebal atau terlalu nipis. Sedang-sedang sahaja. Kemudian tampi sedikit bagi mengeluarkan bijinya.

4. Ambil cili dan masukkan separuh ke dalam balang.

5. Seterusnya masukkan 2 sudu makan gula. Kemudian masukkan lebihan cili potong tadi dan masukkan 2 sudu makan gula lagi.

6. Masukkan sedikit garam dan tuang cuka mengikut jumlah yang dikehendaki. ( empunya resipi letak cuka pada paras cili.)

7. Tutup penutup balang dan goncangkan. Ia bertujuan untuk melarutkan gula dan garam yang dimasukkan tadi.

8. Simpan semalaman dan cili jeruk ni boleh dinikmati pada keesokan harinya.

 

INFO RASA:

  1. Cili dan balang perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lama.
  2. Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan.
  3. Boleh disimpan dalam peti sejuk atau letak dekat meja dapur sahaja pun boleh.

 

Kredit resipi & foto: Noriffah Mohd Hassan

 

IKLAN