Brownies kedut, menu mudah untuk dibuat bagi santapan keluarga. Sesuai untuk minum petang santai-santai di laman rumah.
Nak buat sendiri yang rasanya kurang manis dan kena dengan tekak yang tak suka makan manis-manis sangat, boleh cuba resipi yang dikongsi Shida Razak KC ini.
BROWNIES KEDUT MUDAH
BAHAN A:
*Cairkan bahan di bawah dalam microwave selama 1 minit atau double boil.
2 biji telur gred A atau B ½ sudu teh esen vanila – beli online di sini 140g gula perang – saya guna dark molases sugar lebih sedap sebab rasa lemak manis yang kurang manis. Kalau nak jadikan 130g pun boleh untuk gula perang ya. Laras kemanisan anda mengikut jenis gula pilihan anda. Ikut citarasa masing-masing ½ sudu teh garam
CARA-CARA:
1. Kacau rata dan sebati saja semua bahan di atas ya. Agak-agak gula dah larut, berhenti mengacau 2. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata, sebati saja.
100g tepung gandum – beli online di sini ½ sudu teh baking powder (kalau nak hasil yang fudge lagi, jangan letak baking powder) 25g serbuk koko (saya guna vanhouten)
1. Masukkan bahan C ke dalam adunan sebati A dan B. Gaul sebati. Hasil dia memang adunan tu akan jadi likat, itu yang kita inginkan. 2. Nak rich lagi, boleh cincang coklat bar dalam ½ cawan. Gaul dalam adunan sekali. Nanti dia cair-cair coklat masa kita gigit.
3. Sediakan loyang 8×8 inci yang dah sapu mentega dan kertas pembakar. Masukkan adunan dan bakar ke dalam ketuhar selama 170⁰C selama 30-35 minit ikut kapasiti ketuhar masing-masing. 4. Jangan terlebih masak, nanti kering sangat pula. Sedang elok gitu. Ambil lidi cucuk, kalau dah tak melekat, masak la tu.
Ikan Goreng Sambal Berlado memang antara lauk pedas yang tak pernah mengecewakan. Sambal merahnya yang wangi, pedas menyengat dan seimbang dengan rasa masam asam keping memang membuatkan kita automatik tambah nasi. Ringkas, cepat dan rasanya sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Sambal berlado ini berasal daripada masakan Minang. Bezanya dengan sambal biasa, berlado menggunakan kisar kasar untuk mendapatkan tekstur sambal yang lebih “hidup”. Bila digaul bersama ikan goreng garing, rasa Ikan Goreng Sambal Berlado memang membuka selera dan membuatkan kita rasa puas setiap kali makan.
Ikan jenahak dipilih kerana isinya yang manis, tidak mudah hancur dan mampu menyerap sambal dengan baik. Namun, kalau suka kembung, siakap atau tilapia goreng juga sesuai. Yang penting, sambal pedas merah menyala itu kena betul-betul padu.
IKAN GORENG SAMBAL BERLADO
Bahan-bahan:
1 ekor ikan jenahak | dilumur garam & kunyit
4 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi merah & hijau
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan Thai
Garam
Serbuk perasa
Cara Memasak:
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak dan keperangan. Ketepikan.
Kisar kasar cili besar, cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup. Jangan terlalu halus.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan agak garing.
Masukkan asam keping dan gaul rata.
Tambahkan sos tiram, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan sos ikan Thai.
Masukkan ikan goreng tadi dan gaulkan dengan sambal hingga sebati.
Ikan Goreng Sambal Berlado sedia untuk dihidangkan.
Tip Sedap & Hasil Lebih Cantik
Ikan mesti betul-betul kering sebelum goreng
Ini elakkan minyak meletup dan menjadikan kulit ikan lebih garing serta tidak melekat pada kuali.
Tumis sambal hingga pecah minyak
Berlado yang sedap mesti garing di bahagian tepi. Tumis lama sedikit untuk aroma lebih wangi dan tahan lama.
Gunakan minyak goreng ikan untuk sambal
Minyak yang sudah menyerap rasa ikan akan membuatkan sambal lebih wangi dan “sekata” rasanya.
Jangan skip sos ikan Thai
Bahan ini kecil tapi memberi aroma umami yang lembut dan menaikkan rasa keseluruhan sambal.
Kenapa Sambal Berlado Sentiasa Jadi Kegemaran?
Hidangan ini digemari ramai kerana:
Pedasnya membuka selera
Masam asam keping yang seimbang
Warna merah menyala yang menggoda
Simplicity tetapi menyelerakan
Boleh dipadankan dengan pelbagai jenis ikan
Sambal berlado juga tahan lama. Kalau hendak jadikan stok sambal dalam peti sejuk, tumis sampai benar-benar garing. Esoknya sambal lagi masuk rasa dan menjadikan Ikan Goreng Sambal Berlado lebih sedap apabila dipanaskan semula.
Sedap Dimakan Dengan Apa?
Nasi putih panas
Telur dadar nipis
Ulam timun atau daun selom
Keropok bawang
Sambal belacan tambahan (kalau tahan pedas!)
Gabungan nasi panas dengan sambal berlado yang pekat memang tak pernah mengecewakan. Makan waktu tengah hari atau malam, dua-duanya tetap sedap dan cukup memuaskan.
Ringkas Tetapi Berkarakter
Ikan Goreng Sambal Berlado bukan sekadar lauk harian biasa. Ia membawa gabungan rasa pedas, masam dan masin yang seimbang, serta aroma tumisan yang menaikkan selera. Walaupun ringkas, ia tetap mempunyai karakter tersendiri. Hidangan ini sangat sesuai dicuba oleh sesiapa yang mencari lauk pedas yang memuaskan tanpa perlu banyak bahan.
Dengan beberapa bahan asas dan sedikit kesabaran ketika menumis sambal, anda boleh menghasilkan hidangan yang seolah-olah dibuat oleh mak-mak berpengalaman di kampung. Inilah masakan yang paling dekat di hati ramai orang—simple, pedas dan cukup rasa. Selamat mencuba menikmati Ikan Goreng Sambal Berlado yang betul-betul padu!
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Daging Masak Kicaptentunya menjadi kegemaran ramai dek rasanya yang sangat sedap. Ada pelbagai resipi menu ini dikongsi ramai di media sosial. Ada yang guna rempah, ada yang tidak. Macam-macam teknik juga ada digunakan. Namun salah satu resipi yang menarik perhatian RASA untuk berkongsi bersama anda hari ni adalah resipi Daging Masak Kicap dari saudari Nora Aziz. Menurut beliau resipi ini adalah resipi dari ibu mertuanya. Sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat minimal serta mudah didapati. Jom cuba. Pasti enak rasanya ni.
BAHAN HIRIS: 1/2 biji bawang besar – beli online disini 1/2 biji cili merah 1/2 biji cili hijau
CARA MEMASAK: 1.Perap hirisan daging bersama cili kisar, kicap manis, kicap masin dan gula. Gaul rata. Jumlahnya bergantung pada daging yang digunakan. Perap minimum 1 jam. Jika mahu lebih sedap, boleh perap semalaman.
2. Kisar bawang besar hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bawang kisar hingga naik bau. 4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage dan juga daun kari. Tumis lagi.
5. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap. Gaul rata.
6. Masukkan cuka. Tujuannya supaya daging mempunyai rasa sedikit masam. Jika tidak suka, boleh abaikan. Jika mahukan daging yang berkuah, boleh tambah sedikit air.
7. Tutup kuali dan masak menggunakan api yang kecil. Kacau setiap 2-3 minit hingga daging lembut dan empuk.
8. Bila daging sudah empuk, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
9. Masak seketika dan Daging Masak Kicap sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
INFO: jumlah bahan boleh ubah suai ikut berat daging yang digunakan & juga cita rasa masing-masing.
Roti enak dan lembut yang pernah menjadi viral beberapa bulan yang lalu. Malah sekarang ni pun masih ramai yang duk buat bisnes roti ni. Laris! Anda teringin nak makan? Ni resipinya. Memang rugi kalau tak cuba.
Bahan A:
1 cawan air suam
1 sdu besar susu pekat
4sudu besar gula
3-sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)
Bahan B:
4 cawan tepung roti atau tepung high protien
1 sudu kecil bun softoner
2sudu besar mentega
1 biji telur
1sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)
(Ramas ramas bahan B sampai rata .)
Cara membuat.
Tuang bahan A kedlm bahan B sedikit demi sedikit.uli sampai elastik dan tidak melekat di tgn. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit.
Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 utk sebiji roti.. buat memanjang n pintal2(ikut citarasa masing2)
Susun dlm loyang.. jarak2 kan
Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.sementara tu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing2 api atas bwh smp masak
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!