Cara Mudah Buat Bebola Ikan Homemade Guna Lesung Batu.

Share

Menu rebus dan kukus semestinya sangat bagus untuk dijadikan sajian terutamanya jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Malah, makanan segera dan sedia proses pun lebih bagus jika dielakkan. Namun hidangan sihat ni rasanya agak hambar. Oleh itu anda boleh cuba buat bebola ikan homemade

ni untuk dimasukkan ke dalam menu sihat anda. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.

 

CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk lada hitam hingga halus.

2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.

3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.

6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.

7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.

8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin

IKLAN