Cara Masak Sup Tepung Yang Mudah, Sedap & Berkhasiat.

Share

Pernah cuba hidangan Sup Tepung

? Nampak macam sedap malah nak menyediakannya pun sangat senang. Menurut saudari Joriah Jue, resipi yang beliau kongsikan ini ada kisahnya yang tersendiri.

Dulu masa kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini ialah SUP TEPUNG. Alhamdulillah. Jadi fav family. Boleh buat sarapan, boleh juga buat sebagai makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan. Sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak. Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri.

 

CARA MASAK SUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 3 sudu ikan bilis
  • Seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Uli tepung, sedikit garam dan air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.

2. Mayang bawang putih, bawang merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.

3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.

4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, tarik guna dua-dua tangan hingga jadi sekeping nipis.

5. Masukkan tepung ke dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar menggelegak sekejap, agar tepung masak.

6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.

7. Masak hingga sawi empuk. Tutup api, sedia dimakan.

Kredit resipi & foto: Joriah Jue

Dapatkan bahan masakan organik seperti tepung, kekacang dan bijirin di Love Earth:

 

IKLAN