Cara Masak Sup Tauhu Telur Paling Sedap & Cepat

Share

Jika ke kedai makan atau restoran, menu Sup Tauhu Telur berkuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni.

RESIPI SUP TAUHU TELUR SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 pek tauhu telur
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih – cincang – beli online DISINI

  • 1 inci halia – cincang – beli online DISINI
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam – beli online DISINI
  • Sedikit tepung jagung – beli online DISINI
  • Stok ayam / kiub ayam – beli online DISINI
  • Sedikit garam dan Cukup Rasa
  • 1 cawan air
  • Sayur-sayuran pilihan

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak lalu goreng tauhu telur yang telah dipotong-dipotong.

2. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan. 

3. Keluarkan sedikit lebihan minyak lalu dimasukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi seketika.

5. Tuang secawan air atau ikut banyak mana kuah yang dikehendaki.

6. Perasaka dengan garam serta Cukup Rasa dengan secukupnya

7. Masukkan sedikit stok ayam. Kacau sebati.

8. Kemudian masukkan sayuran pilihan. Renihkan seketika.

9. Masukkan pula tauhu yang telah digoreng tadi. Bila kuah agak mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau-kacau agar tepung tidak berbintil.

10. Bila sup mula memekat, masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Tuang secara lingkaran.

11. Renihkan seketika. Tabur sedikit daun sup untuk membangkitkan aroma.

12. Sup Tauhu Telur sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Suka beli KELENGKAPAN RUMAH secara online? Pilih DISINI tanpa perlu ke kedai.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN