Cara Masak Sambal Hitam Pahang Yang Mudah & Sedap

Share

Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan bersama nasi panas, ada lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang nak belajar cara-cara membuat Sambal Hitam Pahang yang sedap dan mudah, saudari Fazima Yahya ada kongsikan resipinya. Bolehlah dicuba nanti.

RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG

BAHAN-BAHAN:

Belimbing buluh secukupnya
Garam kasar

BAHAN TUMBUK @ KISAR KASAR:


Bawang merah – kisar
Cili padi – ikut kepedasan yang digemari
Ikan bilis (beli online disini)
(nisbah sukatan: 1 cawan buah belimbing : 2 cawan bilis : 1 cawan cili padi)

CARA MEMASAK:
1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa letak air. Masak guna api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.

2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.

3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.

4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.

5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.

6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.

7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama.

Kredit resipi & foto: Fazima Yahya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN