Cara Masak Oden Yang Mudah & Sedap Secara Homemade.

Share

Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba sangat tapi tak larat nak beratur, ni ha..resipi Oden homemade perkongsian saudari Ain Aziz

ni boleh dicuba.

 

RESIPI ODEN HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket kecil perencah pes asam pedas
  • 4 sudu makan perencah Tomyam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • Bahan-bahan Oden (fish tofu, seafood tofu, dan sebagainya.)

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
  3. Tambah sedikit perasa jika perlu.
  4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
  5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

INFO:

  • Jika nak kuah oden yang cair dan tak terlalu pedas, guna 1 paket sahaja perencah asam pedas.
  • Elakkan letak garam kerana perencah sudah memberikan rasa.
  • Sebelum letak perasa, rasa dulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.

 

Kredit resipi & foto: IG @cookby_ain / FB Ain Aziz

IKLAN