Cara Masak Kari Sotong Mamak Restoran Nasi Kandar

Share

Bagi peminat sajian Nasi Kandar, lauk Kari Sotong Mamak ni pastinya menjadi kegemaran. Sedap dan membuka selera. Bagi anda nak cuba masak sajian istimewa ni untuk keluarga tercinta, saudari Rosni Musa ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba. Bila masak sendiri ni tentunya lebih jimat. Malah satu keluarga boleh makan. Memang terbaik!

RESIPI KARI SOTONG MAMAK ALA RESTORAN NASI KANDAR

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Bawang putih dan bawang besar dikisar hingga halus. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis seketika halba campur.

3. Kemudian masukkan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.

4. Masukkan bahan kisar. Tumis sekejap hingga wangi.

5. Kemudian masukkan cili kisar atau serbuk cili. Kacau rata.

6. Seterusnya masukkan rempah kari ikan. Kacau sebati.

7. Tuang sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

8. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan garam, perasa dan sedikit gula.

9. Masukkan pula air asam jawa. Kacau lagi hingga rata.

10. Bila rempah sudah merenih, masukkan sotong.

11. Tutup kuali seketika agar sotong masak dengan sempurna. Namun pastikan ia tidak dimasak lama sangat bagi mengelakkan sotong menjadi keras.

12. Masukkan hirisan cili merah dan renehkan seketika.

13. Kari Sotong Mamak siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN