Bagi sesetengah dari kita, resipi KariAyam memang mudah sebab dah biasa masak menu ni. Namun ada juga yang belum mahir. Malah, Kari Ayam ni pun ada banyak jenis dan menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nurul Jannah Zakariar ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KARI AYAM PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
3-4 ulas bawang merah – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
1cm halia – dimayang
Minyak masak secukupnya
2 tangkai daun kari
1 paket kecil serbuk kari ayam
1 paket kecil serbuk cili
2 sudu teh cili boh
Garam kasar secukup rasa
1 kotak kecil santan
2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
3 biji ubi kentang
1 sudu teh pes asam jawa
Sedikit gula – tujuan untuk melemakkan kari
4 biji cili merah – belah 2
CARA MEMASAK:
1. Tuangkan minyak. Bila dah panas, masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.
Ads
2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.
3. Seterusnya masukkanrempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( empunya resipi guna serbuk kari adabi dan serbuk cili babas). Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.
4. Masukkan garam kasar dengan secukup rasa.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.
6. Gaul rata kesemua bahan.
7. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm ni, tuangkan air dalam kotak sebanyak dua kali.
Ads
8. Masukkan ubi kentang.
9. Kemudian masukkan pes asam jawa.
10. Tambahkan sedikit gula. Ia bertujuan untuk melemakkan kari.
Ads
11. Campak cili merah belah tengah dan biarkan masak.
Resipi ayam goreng cili kering bersama kacang gajus sangat mudah sebenarnya untuk di masak. Hanya perlukan 20 minit untuk memasak dan sangat sedap dimakan bersama nasi panas.
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam } potong kiub
2gm cili kering } hiris 2cm
3gm halia } hiris
3gm bawang merah } hiris
1gm lada hitam } kisar kasar
1/2gm garam
30 gm minyak lada hitam
3gm serbuk cili
2gm serbuk perasa
10 gm kacang gajus } goreng sangai
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah.
Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Goreng dan kacau rata menggunakan api yang kuat.
Kemudian lengkapkan rasa dengan memasukkan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan kacang gajus. Kacau rata sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis Keistimewaan: Enak dan tidak pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Ayam panggang ala Kenny Rogers. Bagi yang biasa makan ayam panggang Kenny Rogers tentu dah tahu akan kesedapan ayam itu. Tapi, kalau famili besar, nak makan pun susah juga sebab harganya pun boleh tahan.
Jangan susah hati. Boleh masak sendiri di rumah. Ikut saja resipi yang diberikan oleh Otai Malaya ini. Bolehlah makan puas-puas. Jimat bajet.
Kisar serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air sehingga lumat. Begitulah rupanya setelah siap kisar.\
Kemudian campurkan semua bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan juga madu, lada hitam, sos tiram dan garam. Gaul sekata.
Lumur sekata pada ayam.
Kemudian masukkan dalam plastik dan perap semalaman supaya lebih sedap dan bahan perapan sudah masuk ke dalam daging. Tapi kalau tak sabar, minimum 4 jam. Sebenarnya, lagi lama perap lagi sedap. Sampai ke tulang dapat rasa.
Lapik dulang pembakar dengan kertas aluminium dan bubuh ayam yang sudah diperap tadi. Sedia untuk dipanggang.
Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Guna api atas bawah. Suhu 200’C dan panggang dalam oven selama 35 – 40 minit.
Selepas 30 minit, keluarkan ayam untuk sapu majerin supaya nampak lagi cantik ayam nanti. Lepas itu sambung panggang lagi sekitar 8 minit.
Di hari-hari bekerja menu kalau boleh semuanya menu nak ringkas tapi hasilnya nak sedap dan boleh membuka selera. Pilihan terbaik adalah menu yang bergoreng atau bertumis yang boleh dihidangakan segera dan dimakan panas-panas. Lagi sedap kalau pedas sedikit. Satu lauk pun sudah cukup. Tak percaya korang cuba tiga menu ayam yang ringkas ini tapi hasilnya terbaik.
AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 batang serai | titik
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, tutup api.
Ayam kicap sedia dihidangkan.
AYAM SERUNDING SERBUK ROTI
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
1/2 cawan serbuk roti
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
6 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
2 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
Masukkan ayam dan tutup api.
Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.
AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
150gm biji gajus
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1/2 bji bawang Holland | dadu besar
5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.