Cara Masak Gulai Ayam Kelate Yang Sedap & Harum Semerbak

Share

Jika anda pernah makan nasi bungkus di Kelantan, anda pasti boleh merasai sendiri kelainan aroma dan rasa gulainya jika dibandingkan dengan gulai-gulai lain. Baunya yang semerbak dan rasanya yang cukup sedap, berbeza dengan nasi bungkus yang dijual di tempat-tempat lain. Jika anda penggemar gulai ayam masakan pantai timur, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Afy Al Habibi ini.

RESIPI GULAI AYAM MEK KELATE

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam (5-6 ketul ayam)
  • 3-4 biji bawang merah (saiz syiling 20 sen) *
  • 1 ulas bawang putih *
  • Sehiris nipis lengkuas *
  • Sehiris halia *
  • Dua hiris nipis serai *
  • Secubit ketumbar *
  • Secubit jintan manis *
  • 3 sekawan
  • Cili kering kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • Secawan air asam jawa
  • 1/2 relung nisse kampung atau 1/2 sudu besar gula melaka
  • Garam
  • Santan
  • Kerisik
  • Lada siam (jika ada)

 

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis telebih dahulu tiga sekawan sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.

3. Setelah garing, masukkan 1/3 sudu besar cili kering kisar.

4. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.

 

5. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa. (secubit asam jawa + secawan air kosong)

 

6. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu 1/2 relung nisse kampung / 1/2 sudu besar gula Melaka dan secubit dua garam bukit. Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak.

 

7. Boleh masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.

8. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.

9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai.

 

10. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.

Jika anda sedang mencari BLENDER baru yang berkualiti dan murah, boleh cari DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: AFY AL HABIBI

 

Artikel menarik untuk anda:

 

Anda juga boleh cuba resipi ini:

IKLAN