Cara Masak Cokodok Pisang Sedap, Lembut & Tak Berminyak.

Share

Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cokodok

Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.

 

COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
  • 2 sudu makan marjerin
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.


2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.


3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.


4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.


5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO:

1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)

 

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

 

Nak beli AIR FRYER tapi tak tahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN