Sesekali layan sajian Cina ni memang menaikkan selera. Tak perlulah ke restoran mahal-mahal kerana anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Antara yang boleh dicuba adalah Daging Szechuan dan Cendawan Shimeiji Goreng Telur Masin ni. Makan dengan nasi panas, memang terangkat beb!

 

1. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK

Cara Masak Cendawan Telur Masin & Daging Szechuan Paling Sedap & Mudah.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm cendawan Shimeiji – bersih dan leraikan satu-satu.
  • 3 biji kuning telur masin rebus – dilenyek halus
  • 1 sudu makan serbuk keju parmesan
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu makan mentega
  • Minyak masak secukupnya
  • 100gm tepung gandum
  • 60gm air

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ( Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
  2. Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.  
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan mentegadi dalam kuali dan masukkan kuning telur masin,  serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
  5. Masukkan pula cendawan yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
  6. Angkat dan hidangkan ketika panas.

 

IKLAN

2. DAGING SZECHUAN

Cara Masak Cendawan Telur Masin & Daging Szechuan Paling Sedap & Mudah.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging – potong dadu kira-kira 1.5cm lebar
  • 50gm lada benggala hijau – potong 1.5cm lebar
  • 50gm lada benggala merah – potong 1.5cm lebar
  • 50gm lada benggala kuning – potong 1.5cm lebar
  • 50gm lobak merah – hiris nipis
  • 20gm cili kering – potong
  • 2 sudu makan Spicy Hot Bean Sauce – boleh diperolehi di pasaraya
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 4 sudu makan air
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
  3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI