Cara Masak Brownies Kedut Paling Mudah & Tak Perlu Simpan Peti Sejuk.

Share

Nak cuba buar brownies kedut paling mudah? Kalau nak tahu, ni antara manisan paling mudah, guna bahan yang senang dan sedap! Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Bagi anda yang teringin sangat nak buat brownies ni, resipi mudah perkongsian saudari Nur Amira ni boleh dicuba. Dijamin menjadi elok dan rasa tak muak.

 

RESIPI BROWNIES KEDUT PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 130gm mentega/margerin
  • 450gm dark chocolate compound
  • 3 biji telur gred B
  • 150gm gula perang
  • 100gm tepung naik sendiri ( self raising flour)

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan mentega dan dark chocolate compaund. Masak guna kaedah double boiler hingga semua bahan cair.

 

2. Dalam bekas berlainan, kacau telur dan gula menggunakan whisk / pemukul. Pukul manja-manja dan sekejap sahaja.

 

3. Rupa telur dan gula yang telah siap dipukul.

 

4. Campur adunan mentega coklat tadi ke dalam bekas yang mengandungi adunan telur dan gula. Gaul rata hingga sebati.

 

5. Seterusnya masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati. Jika tiada tepung naik sendiri, boleh juga guna tepung gandum biasa yang telah diayak bersama 1 1/3 sudu teh baking powder.

 

6. Ambil loyang bersaiz 9×9 dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan brownies tadi.

 

7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5 minit. Kemudian turunkan kepada suhu 150C dan bakar adunan menggunakan api atas bawah selama 50-55 minit.

 

8. Brownies kedut siap dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nur Amira

 

IKLAN