Cara Masak Ayam Singgang Kelantan Yang Mudah, Cepat & Menyelerakan

Share

Masakan singgang selalunya sinonim dengan ikan. Tetapi untuk resipi kali ini, kita akan gunakan ayam untuk dimasak singgang. Ia cukup mudah dan cepat untuk dimasak. Paling penting, rasanya sedap. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan oleh empunya resipi, saudari Myra Edora.

AYAM SINGGANG KELANTAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah – beli online DISINI
  • Bawang putih – beli online DISINI
  • Halia – beli online DISINI
  • Lengkuas – beli online DISINI
  • Serai – beli online DISINI
  • Ketumbar
  • Cili kering – beli online DISINI
  • Lada burung
  • Asam keping – beli online DISINI
  • Garam – beli online DISINI
  • Gula – beli online DISINI
  • Budu

 

CARA MEMASAK:

1. Hiris bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, cili kering, lada burung, serai dan asam keping. Kemudian, tumbuk ketumbar dan serai.

 

2. Masukkan ayam ke dalam kuali, kemudian masukkan semua bahan yang dihiris dan ditumbuk tadi.

 

3. Gaul rata sehingga sebati.

 

4. Masukkan budu, garam, gula dan gaul hingga sebati.

 

5. Kemudian, buka api dan masukkan air sehingga ayam tenggelam.

6. Gaul sehingga masak. Jangan lupa rasa. Bila dah cukup rasa, boleh tutup api. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Myra Edora

 

Anda mencari KUALI NON STICK yang murah dan berkualiti? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN