Hidangan ayam goreng pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Jimat & pasti puas makan. Jom cuba!
AYAM GORENG RANGUP SPICY
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
BAHAN SADUR:
Ads
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
Ads
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
Ads
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Gulai ayam Minang antara lauk yang kita biasa kita ambil bila menjamu selera di restoren ini. Kuah lemak kuning yang pekat dengan aroma daun limau purut menjadikan ia cukup enak bila digaul dengan nasi.
Jika terasa ingin menikmatinya di rumah boleh juga buat sendiri, caranya dikongsi oleh Makcik Ratu.
Cara buat gulai ayam Minang
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong
2 batang serai diketuk
3 ruas jari lengkuas -diketuk
5 helai daun limau purut -diramas
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
2 biji kentang -dibelah
1 kotak kecul santan
Garam, serbuk perasa
Bahan kisar
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah (ikut citarasa)
2 ruas jari halia
3 ruas jari kunyit hidup
3 biji buah keras – bakar atau sangai dulu
1 batang serai
Cara membuat
1. Ayam digaul dengan kunyit dipotong bakar dulu ayam sampai masak dalam airfryer.
2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi, kemudian masukkan lengkuas, serai yang diketuk, daun limau, daun kunyit, asam keeping dan kentang.
3. Bila kentang empuk masukkan ayam dan tambah santan. Gaul sebati.
4. Masukkan garam, dan serbuk perasa. Masak hingga gulai terbit minyak. Boleh juga masukkan tomato ceri.
Mengeluh sibuk tak sempat masak tapi nak makan sedap. Ok, ini idea bagus RASA nak kongsikan untuk selesaikan masalah. Kebetulan hujung minggu ni cuti panjang, jom kita berkarya di dapur dengan memasak pelbagai lauk pauk. Bukan nak kenduri ye, tapi kita pek dan frozenkan untuk lauk pauk seminggu.
Bila ada stok lauk pauk frozen, takdalah anda tergocoh-gocoh nak ke dapur di hari-hari bekerja. Balik dari kerja nanti anda hanya perlu masak nasi dan sayur je. Lauk sudah ada, Cuma panaskan lauk saja. Berikut empat menu lauk pauk berempah mudah dan sedap yang sesuai difrozenkan:-
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji kentang | belah empat
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan rempah kari
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaulkan ayam bersama garam dan kunyit.
Goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Diikuti pula dengan menggoreng kentang. Angkat dan ketepikan.
Seterus, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, diikuti dengan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau seketika baru masukkan ayam.
Tambahkan dengan kicap pekat manis, sos tiram air dan perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang.
Kecilkan api kacau rata seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KARI DAGING CAMPUR TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong kecil, cuci dan tos
1kg tulang
1 liter santan
3 biji kentang | belah empat
1/2 cawan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari |lurutkan dari tangkai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia
BAHAN KISAR:
1 biji bawang bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
2sm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika masukkan pula rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
Terus kacau hingga bahan tumisan pecah minyak.
Masukkan daging dan tulang, kacau hingga air daging keluar dan daging empuk.
Apabila air kering masukkan air asam Jawa dan diikuti santan serta kentang.
Biarkan mereneh lebih kurang 8-10 minit di atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila timbul minyak. Tutup api.
Kari sedia dihidangkan.
SUP TULANG CAMPUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg daging campur tulang | rebus sampai empuk
2 biji kentang | belah empat
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak | untuk menumis
Sedikit hirisan daun bawang dan sup
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumikan rempah penumis hingga naik bau.
Masukkan bahan hirisan, kacau hingga bertukar warna kekuningan.
Seterusnya masukkan rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak dan masukkan daging dan tulang yang telah direbus tadi, bersama airnya sekali.
Tambahkan air secukupnya dan masukkan asam gelugor, kentang dan lobak merah.
Kemudian perasakan dengan garam, gula, lada sulah secukupnya.
Biarkan mereneh lebih kurang 10 minit atas api sederhana.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato.
Sebelum hidangkan taburkan hirisan daun bawang dan sup.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis atau potong dadu
1kg santan
4 sudu makan kerisik
4 sudu makan pes cili kering
2 helai daun kunyit | mayang halus
3 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, kacau rata sehingga daging kecut dan airnya kering.
Masukkan santan, asam keeping dan serai yang telah dititik
Terus renehkan daging atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Apabila pekat tambahkan kerisik, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah kering, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.