Buat peminat asam pedas, pasti tak boleh lupa macam mana rasanya kuah yang pekat dan penuh dengan aroma.

Antara resipi yang popular ialah Asam Pedas Melaka Asli. Rahsia kuahnya pekat, sedap dan padu.

Makan je, terus terasa seolah berada di negeri Melaka Bandar Bersejarah. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Liza Idris ini.

 

ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

2 biji bawang besar saiz sederhana – beli online di sini
3 biji bawang putih – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
2 inci kunyit hidup – beli online di sini
Sedikit belacan
1 sudu besar lada hitam
(Kisar semua bahan)
1 mangkuk cili kering yang dikisar asingkan

TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu

IKLAN

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu
4. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu pes Asam Jawa. Kacau dan kacau.
5. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau biar didih sedikit.
6. Masukkan bendi, kemudian daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.

IKLAN

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu
7. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu
8. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu
9. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.
10. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.

Cara Masak Asam Pedas Melaka Asli, Kuah Pekat, Sedap & Padu

Kredit resipi: Liza Idris

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI