Cara Masak Asam Pedas Berempah Ikan Tenggiri Sedap & Menyelerakan

Share

Kuah asam pedas, adakalanya boleh jadi ada yang terlalu cair dan ada yang terlalu pekat. Atas selera masing-masing kan.

Menerusi resipi yang dikongsikan Rosni Musa ini, menu asam pedas berempah tenggiri sangat senang dimasak dan dikuatkan lagi dengan aroma berempah yang menyelerakan.

Kuah yang tidak terlalu cair dan tidal terlalu pekat tapi kuat dengan rasa berempah yang menyelerakan. Rasa ikan tenggiri dinaikkan lagi dengan aroma daun limau purut dan kesom.

 

ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:

2 biji bawang merah*- beli online di sini
3 ulas bawang putih*- beli online di sini
Sebesar ibu jari halia*
Belacan*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh lada hitam*
Belacan* – beli online di sini
(Bahan bertanda * dikisar hingga lumat)
Cili giling
2 batang serai | dititik – beli online di sini
Asam jawa
Serbuk kunyit
½ sudu teh halba
Daun kesum
Daun limau purut
1 ekor ikan tenggiri (boleh tukar dengan ikan kesukaan anda)
Bendi

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.


2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik dan serbuk kunyit.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Tumis sehingga pecah minyak.


4. Bila bahan tumis dah pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Terpulang ikut banyak mana air.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Renehkan seketika dan masukkan sayur bendi.


6. Kemudian masukkan pula daun kesum dan daun limau purut.


7. Bila bendi sudah separuh masak, masukkan ikan, garam dan serbuk perasa. Renehkan sehingga ikan masak.

Kredit resipi & gambar: Rosni Musa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN