Ads

Cara Kenal Pasti Telur Yang Elok Atau Sudah Busuk. Letak Telur Dalam Air

Baru beli telur tapi bila pecah telur rupanya sudah busuk. Mulalah kita was-was dengan kualiti telur yang lain.

Jadi macam mana nak kenal pasti antara telur yang elok dan busuk terutama bila kita beli dalam kuantiti yang banyak. Boleh lakukan ujian seperti dikongsi oleh @emilyxlevi. In caranya;

1. Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.

2. Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.

Ads

3. Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.

4. Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Levi Jensen (@emilyxlevi)

 INFO

Keadaan tersebut berlaku disebabkan kadar ruang udara di dalam telur segar masih kecil.

Ads

Jika ruang udaranya semakin besar, maka telur tersebut telah kehilangan kandungan air di dalamnya.

Bagi memastikan telur boleh digunakan dalam jangka masa lama, anda digalakkan menyimpannya di dalam peti sejuk.

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Raikan Ramadan & Aidilfitri Bersama Hameediyah, Dari Iftar Nasi Kandar Hingga...

Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!