Bahagian isi ayam atau disebut fillet ni kurang digemari kerana rasanya sedikit hambar bebanding bahagian peha, drummet dan drumstick. Tapi dengan sedikit olahan resipi kepingan isi ayam iaitu bahagian dada boleh dijadikan sajian yang lazat.
Kredit foto : iStock
Bagi mereka yang mahu berdiet tanpa lemak, isi ayam bahagian dada pastinya menjadi pilihan pola makanan sihat. Disebabkan ia tidak mengandungi lemak maka rasanya agar kurang berperisa berbanding daging ayam bahagian paha atas atau bawah.
Agar rasanya lebih enak ada pelbagai cara mengolahnya. Pertama dengan cara dikukus. Biarkan kulit ayam melekat pada potongan dagingnya. Perap dengan parutan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam sehingga kukus hingga matang.
Ads
Bila nak makan siang kulit ayam, atau biarkan daging ayam berendam perencah selama 30 minit kemudian panggang dalam oven panas hingga empuk. Angkat, tanggalkan kulit ayam, sangat enak dijadikan campuran salad.
Jika ingin rasa lebih enak, siang kulit dada ayam, rendam potongan daging dada ayam dengan bawang bombay dan parutan bawang, kicap soya dan sedikit gula, garam dan lada hitam. Setelah satu jam bakar atau panggang.
Sapukan sedikit minyak sayur agar rasa daging ayam lebih berperisa. Ayam panggang sedap dinikmati dengan salad atau nasi.
Daging dada ayam terutama lebih cepat empuk dibandingkan dengan daging paha. Jika ingin lebih cepat masak , potong-potong fillet ayam melintang serat kasar-kasar atau dicincang kasar. Sumber : food,detik.com
Ni ada dua resipi filet ayam yang mudah. Kesukaan anak-anak, sesuai untuk masakan dapur si bujang juga
FILET AYAM GORENG RANGUP
Ads
RESIPI PERTAMA :
Bahan-Bahan 1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya 1. Ayam di potong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum, buat fillet ayam. Bilas dan toskan.Tumbuk halia dan bawang putih. 2. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa. 3. Perap seketika di dalam peti sejuk. 4. Bila masa untuk menggoreng ,pukul telur. Ambil ayam tadi dan celupkan ke dalam telur, kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti. 5. Goreng hingga keemasan.
Ads
RESEPI KEDUA – FILET AYAM GORENG RANGPU
BAHAN-BAHAN : 2 belah dada ayam
lada sulah secukupnya
tepung goreng ayam (adabi atau apa-apa jenama tepung serbaguna segera) telur ayam | di pukul sedikit
Cara membuatnya
1. Basuh dada ayam dan toskan. Buat filet ayam.
2. Renjiskan dengan sedikit serbuk lada sulah.
3. Panaskan minyak banyak dan salut filet ayam dengan telur dan kemudian tepung goreng ayam.
4. Goreng sehingga berwarna keemasan.
5. Semasa menghidang potong kecil-kecil.
Kredit : Resepi Ummi Via FB : Dapur Chef
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Enaknya andai dapat makan Kuih Talam Sagu. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih ini merupakan salah satu yang anda perlu cuba. Memang sedap. Saudari Harum Wangiada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SAGU
BAHAN LAPISAN BAWAH: Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya – beli online disini Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang. 2. Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat. 3. Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa. 4. Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.
NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS: 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) – beli online disini 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) – beli online disini Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak
1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul. 2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul. 3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.
4. Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong. 5. Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.
Untuk hidangan buka puasa nanti, boleh cuba resipi ikan talapia garing bersos limau ini, pasti membuka selera.
Resipi yang dikongsi Marina Ismail ini, lengkap dengan rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera.
TALAPIA GARING BERSOS LIMAU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talapia 3 biji limau nipis | ambil jusnya – beli online di sini 3 sudu besar gula – beli online di sini 3 biji cili padi merah | potong halus 5 biji cili padi merah | potong halus 5 sudu besar sos ikan – beli online di sini 7 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini 2 tangkai daun ketumbar | potong halus Garam | untuk lumur pada ikan
CARA MASAK:
1. Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Bau hanyir ikan pasti akan hilang. 2. Lumurkan garam secukupnya pada ikan tadi. Perap seketika, tidak perlu letak kunyit.
3. Goreng ikan sehingga betul-betul garing. Ketepikan. 4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Jangan terlalu garing.
5. Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati. 6. Masukkan bancuhan ke dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi.
7. Kacau dan rasa. Pastikan cukup rasa masam, manis, masin dan pedas. Apa yang kurang, boleh adjust. 8. Dah cukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak Percaya kena cuba.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan tutup api.
Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih titik
2 biji cili merah
8 biji cili padi
Sedikit gula
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
Tumis hingga wangi dan layu.
Masukkan ikan masin. Kacau rata.
Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...