Daging sering digunakan dalam pelbagai menu masakan antaranya ialah rendang, stew, daging bakar dan sebagainya. Namun, daging boleh menjadi kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk sekiranya tersalah cucian atau potongan. Sekaligus mempengaruhi rasa masakan. Jom kita lihat langkah-langkah mencuci daging untuk menghilangkan bau hamis daging.
Ramai yang menganggap, duduk di kawasan kampung atau rumah landed sangat beruntung kerana boleh bercucuk tanam. Bolehlah tanam cili, kunyit dan sayuran lain dan tak perlu beli di pasar. Namun hal ini disangkal oleh ahli facebook group Rasa Share Resipi yang menganggap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Mereka berkongsi gambar pokok yang ditanam oleh mereka di bahagian balkoni. Ada yang menanam di dalam pasu. Tak kurang juga yang menanam secara hidroponik. Asalkan tahu menjaga kebersihan kawasan setempat dan keselamatan, tiada masalah untuk mereka bercucuk tanam.
Elok hidup subur dalam pasu – Bunga Angkasa
Menggunakan teknik menanam dalam pasu, pengguna facebook dengan nama Bunga Angkasa menanam pokok cili, bendi, bayam brasil, bayam korea, kesum, pokok kari dan kunyit.
Pasu disusun elok di bahagian tepi balkoni dan dijaga rapi.
Subur sungguh pokok bayam ni.
Manfaatkan ruang sekangkang kera – Becca Jholl
Menanam secara hidroponik, pengguna facebook dengan nama Becca Jholl menyatakan dia ingin memanfaatkan ruang balkoni yang bersaiz kecil. Daripada terbiar kosong, dia menanam pokok menggunakan teknik hidroponik.
Subur pokoknya.
Beginilah cara tanaman hidroponik.
Gemuk sayur atas tu kan?
Jadi, apa lagi alasan kita untuk tidak memanfaatkan masa lapang dengan menanam pokok? Hal ini membawa banyak manfaat untuk isi rumah. Cubalah.
Daun sup merupakan antara daun yang sering digunakan dalam masakan terutama untuk sup. Daripada beli di pasar, anda boleh sahaja tanam sendiri di rumah. Cara tanamnya juga tidak susah, hanya guna biji benih. Dalam masa dua minggu, tanaman sudah tumbuh subur. Nak tahu caranya? Ikut sahaja perkongsian oleh Noor Izzati ini.
CARA SEMAI DAUN SUP DARI BIJI BENIH
1. Beli biji benih di Shopee sahaja.
2. Sediakan pasu kecil atau bekas semaian. Campur peatmoss dan cocopeat sama banyak. Jika cocopeat 1kg, peatmoss pun sama juga. (Boleh beli di nursery atau kedai pertanian)
3. Masukkan tanah ke dalam bekas semaian tetapi jangan ditabur benih dulu ya. Siram dahulu air sehingga tanah betul-betul basah.
4. Kemudian, baru taburkan benih pokok daun sup dan tutup nipis dengan tanah semaian tadi.
5. Letak di tempat yang mempunyai cahaya tetapi jangan terus kena pada matahari ya.
6. Biarkan ia tumbuh dalam masa lebih kurang dua minggu. Jangan lupa siram bila tanah sudah kering.
Hasil selepas dua minggu:
7. Bila sudah besar, anak benih daun sup yang merimbun ini saya bahagikan kepada 6.
8. Jangan tanam dalam sangat, cukup untuk tutup akarnya. Kemudian, letak di tempat yang ada cahaya tetapi tidak kena cahaya matahari secara terus.
Hati siapa yang tak bangga bila tengok pokok tumbuh subur. Lebih lebih lagi kalau buahnya ranum dan mekar. Rupanya bukan susah pun nak tanam pokok capsicum atau lada benggala ni.
.
Ikut aja perkongsian ilmu daripada Mell Akmalini. Katanya, “First time tanam alhamdulillah menjadi. Renek aje pokoknya tapi buah kerap jadi. Benih saya ambil dari capsicum yang dibeli dari pasar sahaja.”
Bagi yang nak tahu cara semainya, jom tengok langkah demi langkah dan teknik dari Mell ini :
CARA SEMAI POKOK CAPSICUM :
1. Beli capsicum di pasar berdekatan
2. Ambil bijinya, dan rendam dalam air semalam
3. Biji yang terapung itu dibuang . Yang lain lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Ini gambar usia anak pokok lebih 10 hari
.
6. Sembur air 2 kali sehari.
.
7. Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari. Bila besar sedikit pindah ke tanah atau pasu yang lebih besar.
8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.
“Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar“, akhiri Mell.