Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya mempunyai selaput lilin pada buah (wax) bagi memastikan produk-produk tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan lilin tersebut. Namun ada cara mudah yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
CARA BERSIHKAN KESAN LILIN PADA BUAH ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
Anggur
Tepung jagung secukupnya
Air
CARA-CARA:
1. Masukkan anggur ke dalam bekas besar yang bersesuaian dengan buah.
Ads
2. Taburkan tepung jagung. Sukatannya ialah 1 sudu makan tepung jagung untuk bersihkan 1 tangkai besar anggur.
3. Masukkan air ke dalam bekas sehingga meneggelamkan buah.
Ads
4. Adun tepung dan air hingga sebati.
5. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
Ads
6. Letakkan buah anggur ke dalam penapis dan bilas dengan air hingga bersih.
7. Hasilnya buah anggur yang dibeli akan jadi lebih bersih dan berkilat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak tahu cara simpan serai, halia, lengkuas dan kunyit yang terbaik agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah bahan-bahan ini sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
PETUA SIMPAN KUNYIT, HALIA, LENGKUAS & SERAI AGAR TAHAN LAMA.
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA: 1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang tinggi. Kadang-kala kita terlupa ada makanan yang sedang hangat atas dapur. Bila sedar, hmm… dah rentung semuanya! Bila nak cuci pula, kerak hangus susah nak tanggal, lebih-lebih lagi kalau hanya guna sabun biasa. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, memang boleh pedih tangan dibuatnya. Jangan risau, ada cara mudah dan semula jadi untuk hilangkan kerak dan kesan hangus pada periuk atau kuali tanpa perlu guna bahan kimia. Cara ini memang berkesan dan dijamin selamat!
Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip atau span sambil mengikis kesan yang melekat. Garam membantu melonggarkan kerak dengan cepat.
Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan seketika. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Sental hingga bersih. Cuka bukan saja menanggalkan kesan hangus, malah boleh menghilangkan bau masakan yang kuat.
Soda bikarbonat adalah bahan serbaguna yang berkesan untuk hilangkan kerak periuk. Panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih, kemudian masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci. Ia membantu melonggarkan kerak degil dengan lembut.
Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci semula jadi. Caranya mudah — potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum bersihkan periuk seperti biasa. Asid sitrik dalam lemon membantu mencairkan kesan hangus dengan cepat dan meninggalkan bau segar.
Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk akan tanggal dengan sendirinya. Kulit kentang mengandungi enzim semula jadi yang membantu melonggarkan kotoran.
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal. Asid semula jadi dalam asam jawa bertindak sebagai agen pembersih yang kuat.
Tips tambahan: Untuk hasil terbaik, sentiasa rendam periuk atau kuali hangus sejurus selepas digunakan. Ini memudahkan proses mencuci tanpa perlu tenaga tambahan. Selamat mencuba!