Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
Ads
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
Ads
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA
Jangan basuh biji sagu kering.
Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.
Bagi mengekalkana khasiat bawang putih, cara terbaik menggunakannya adalah dengan cara ketuk kemudian cincang bawang putih sebelum dimasukkan dalam masakan. Elakkan dari menumbuk atau mengisar. Tujuannya supaya segala enzim dalam bawang putih tidak hilang dan anda boleh memanfaatkannya untuk kesihatan.
Namun bila anda mencincangnya,ia akan meninggalkan baunya yang sering melekat pada tangan, hal ini agak kurang menyenangkan. Tetapi jangan risau, mudah sahaja mengatasi masalah ini adalah mudah. Anda hanya perlu hiris leman kemudian campurkan dengan garam dan serbuk soda. Gaulkan bersama dan gosokkan pada tangan selama satu atau dua minit sebelum dibilas dengan air bersih. Pasti bau bawang putih tiada lagi.
Tip: Jangan kupas bawang putih jika tidak digunakan. Sebaiknya simpan bawang putih dengan kulit-kulitnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sotong antara seafood yang sedap dan disukai ramai, tambahan pula ia boleh dimasak dengan bermacam-macam menu sedap. Yang menjadi sepoi bila sotong yang dimasak hasilnya liat dan kacau selera makan. Jangan susah hati, anda boleh ikut tip ini supaya sotong yang anda masak lembut teksturnya dan sedap dimakan.
Pastikan anda hanya menggunakan sotong yang segar, kenyal teksturya, kulitnya berkilat dan tidak berbau busuk.
Setelah siap dibersihkan, celur sotong dalam air mendidih lebih kurang 1-2 minit.
Masukkan sotong yang telah dicelur dalam air ais supaya rasa kenyalnya kekal.
Untuk memasak, sebaliknya anda masak dahulu tumisan bahan sambal atau kuahnya.
Masukkan sotong bila sambal cukup rasa dan pekat. Atau kuah sudah mendidih.
Masak sotong jangan lebih dari lima minit.
Harap tip ini dapat membantu anda menyediakan sambal sotong yang lembut dan segar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.
Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah daripada Puan Nooriah Abdullah.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1) Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dalam minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!