
Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
- Beras
- Air
- Bekas ( seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.

3. Masukkan ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.

4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.

RESIPI SAMBAL:

- Cili merah
- Cili padi
- Air Asam Jawa
- Belacan
- Garam secukup rasa
- Perisa | jika suka
- Limau nipis @ limau kasturi
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Klik disini untuk resipi AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP
Kredit resipi: Yatie Tie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Nasi Impit Homemade, Keluar Seketul Macam Ni

Nasi impit homemade sememangnya lagi sedap daripada ketupat segera. Kalau ikut cara orang dulu dulu untuk menyediakan nasi impit ini, nasi lembik perlu disediakan terlebih dahulu.
Kemudian nasi lembik ini akan dilenyek dan ditekan. Nasi impit ini juga perlu dibiarkan mampat beberapa lama kemudian barulah boleh dipotong. Sememangnya cara ini memakan masa yang lama.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk membuat nasi impit ini. Lagi menarik keluar seketul macam dalam gambar. Caranya dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina.
Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.

Caranya
- Sediakan beras 1 cawan dan air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)
- Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air.
- Masukkan ke dalam pressure cooker.
- Tekan butang congee /soup. Kemudian boleh tinggalkan untuk buat kerja lain.
- Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang untuk terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar seketul cantik tak melekat.
- Bila nasi sudah masak, satu tip untuk keselamatan jangan release wap. Biarkan wap keluar sendiri.
- Lepas beberapa minit barulah buka penutup pressure cooker.
- Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
- Kemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu alihkan ke bekas lain.
- Bila sudah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong.
- Selagi masih panas /suam jangan keluarkan dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.

Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan
Sumber: Wan Ros Ina Lina
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic

Pening fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah. Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah semuanya sedap menyelerakan.

SUSHI BITE
BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:
- 1½ cawan beras sushi
- 2 cawan air
- 1/3 cawan cuka nasi
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
- 2 keping seaweed | dihiris halus
- 1 bij cili merah | dihiris halus
- 3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
- 1/2 batang merah | dicincang halus
- 4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Basuh beras sehingga bersih dan toskan
- Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
- Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
- Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
- Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
- Sedia untuk dihidangkan.

CONEY DOG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji roti sosej | belah tengah
- 100gm daging cincang
- 4 batang sosej ayam
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 2 ulas bawang merah|dicincang halus
- 1ulas bawang putih | dicincang halus
- 4sudu makan sos balognes
- 1 sudu teh serbuk kari daging
- 1 helai daun bay
- Sedikit oregano
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
- Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
- Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
- Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
- Sedia untuk dihidangkan.

SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.

KENTANG BAKAR BERISI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji ubi kentang |saiz besar
- 200gm daging kisar
- 1 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih |dicincang
- 100gm keju mozarela | diparut
- 2 sudu kecil mayones
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- Garam secukup rasa
- Daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
- Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
- Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
- Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
- Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
- Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
- Sedia untuk dihidangkan.

ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
4.Goreng sehingga kuning keemasan.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.

POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Chinese Congee, Bubur Nasi Cina Yang Mudah & Sedap

Chinese Congee @ Bubur Cina perkongsian saudari Noraini Noor Mohamed ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Berbeza dengan Bubur Nasi biasa, bubur nasi ini dihidangkan bersama Ayam Kukus Halia & Youtiao (Cakoi). Wow..Unik kan? Jom cuba. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
CARA MASAK CHINESE CONGEE (BUBUR NASI CINA) YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH (GARLIC OIL):
5 ulas bawang putih – beli online disini
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Cincang halus bawang putih.
2. Panaskan minyak masak dan goreng guna api yang kecil sehingga keperangan.
3. Bau semerbak harum. Minyak bawang ni akan digunakan untuk Bubur Nasi & Ayam Kukus Halia.

BAHAN AYAM KUKUS HALIA:
Ayam secukupnya – potong kecil
Halia – tumbuk/sagat
Kicap cair – beli online disini
Minyak bijan – beli online disini
Lada sulah – beli online disini
2 sudu makan minyak bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Gaul rata ayam yang sudah dipotong kecil bersama halia tumbuk/sagat, kicap cair, minyak bijan dan lada sulah. Perap selama 30 minit.
2. Selepas 30 minit ayam diperap, letakkan minyak bawang putih di atas perapan.
3. Kukus ayam sehingga 20 minit. Siap.

BAHAN BUBUR NASI:
1 cawan beras – beli online disini
8 cawan air
Ayam bahagian tulang
Halia – dihiris
Lada sulah
Garam secukup rasa
Stok ayam – beli online disini
2 sudu makan minyak bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih beras. Masukkan ayam bahagian tulang, halia yang dihiris, lada sulah, garam secukup rasa, stok ayam dan minyak bawang putih.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Gaul rata. Sukatan air adalah 1 cawan beras akan guna 8 cawan air.
3. Masak hingga bubur sedia. (boleh guna pressure cooker, pilih congee-seal)
4. Kalau masak bubur guna periuk nasi elektrik atau masak di atas dapur. Boleh masak bubur macam biasa.

5. Setelah siap bubur dan Ayam Kukus Halia, hiaskan dengan daun bawang & Cakoi.
6. Bubur dimakan bersama Ayam Kukus Halia. Tuang sedikit minyak bawang putih di atas bubur untuk tambah aroma & kesedapan pada bubur.

NOTA: Cakoi tu empunya resipi beli cakoi yang sudah siap.
Kredit resipi & foto: Noraini Noor Mohamed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Arab Siakap Neelofa. Sedap Rupanya Masak Guna Ikan
Simple Tapi Sedap Puding Roti Karamel Ikut Resipi Ini, Yang Baru Belajar Masak Boleh Cuba
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

