Pernah cuba hidangan Jantung Pisang Goreng Cili Pedas? Resipi perkongsian dari saudari Syazlin Mansor ni memang nampak unik dan sedap. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak sukar malah sentiasa ada di dapur. Apa kata kita cuba masak menu ni hari ni. Pasti berselera dimakan bersama nasi. Jom lihat cara-cara penyediaanya.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan jantung pisang dan rebus hingga empuk. 2. Hiris kecil jantung pisang tadi dan perah airnya hingga kering. Ketepikan. 3. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan juga belacan. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing. 4. Panaskan minyak dengan secukupnya kemudian tumis bahan kisar tadi hingga garing. 5. Kemudian masukkan jantung pisang yang telah direbus dan diperah airnya tadi. Gaul rata.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.
INFO RASA: Jumlah bahan dan perasa boleh diubahsuai ikut cita rasa masing-masing.
Buat penggemar nasi kerabu, pasti biasa tengok menu solok lada hijau ini. Solok lada ini adalah sejenis lauk sayuran dari Kelantan yang melengkapi hidangan nasi kerabu.
Solok lada hanya berintikan kelapa parut dan juga isi ikan, sangat sedap dimakan ketika panas. Pemilihan lada yang digunakan juga main peranan.
Apa kata jom kita buat menu mudah ini daripada Saripah Che Mat.
SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
10-12 tangkai cili hijau besar
5-6 ekor ikan sardin/kembung/pelaling mentah (ikut berapa banyak ikan nak diguna)
1 cawan kelapa parut (bahagian putih saja)
2-3 batang serai – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
3-4 ulas bawang merah atau ½ biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
1 kotak kecil santan – beli online di sini
Gula
Garam
Cuka (jika tak suka, boleh gunakan jus limau kasturi)
CARA-CARA:
1. Cili hijau dipotong tengah sampai ke hujung, namun jangan sampai putus ye. Keluarkan biji di dalamnya. Basuh dan toskan. Ketepikan.
2. Tumbuk serai dan halia hingga hancur. Kemudian, masukkan bawang merah/besar, bawang putih, tumbuk lagi. Akhir sekali, masukkan kelapa dan tumbuk lagi.
3. Buang kulit ikan dan rata atau leperkan isi ikan tersebut. Kemudian, masukkan ikan ke dalam bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan sedikit demi sedikit. Tumbuk sehingga hancur. (letak banyak isi ikan dan kelapa sikit saja pun tak apa. Rasa lebih sedap)
4. Selepas semua siap ditumbuk, alihkan ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula, garam, serbuk lada hitam dan cuka. Gaul bagi sebati, biar ada rasa masam, manis masin, pedas. Pendek kata, inti itu menjadi sesedap rasa ikut selera masing-masing.
5. Kemudian, sumbat inti tadi ke dalam cili hijau besar yang sudah dibelah. Isi inti sedang-sedang saja.
6. Susun dalam periuk. Tuangkan santan sehingga cili itu separuh tenggelam. Jangan tambah air ye, hanya gunakan santan saja.
7. Letak periuk atas dapur. Pastikan periuk ditutup supaya apabila mendidih, santan semua menutupi cili. Api jangan terlalu kuat, biarkan sederhana atau perlahan kerana tidak mahu santan cepat kering.
8. Selalu periksa dengan buka tutup periuk, tengok takut santan kering sangat. Bila santan tinggal sikit, tutuplah api. Solok lada dikira masak apabila cili dah bertukar warna.
Ramai yang pandang rendah sayur kangkung sebagai sayur murahan, tapi siapa sangka ia sebenarnya penuh khasiat dan super sedap bila digoreng bersama belacan dan sotong? Resipi dari Dapur Lazz ini memang wajib anda cuba kalau nak makan hidangan yang mudah, sedap dan meletop!
Cara masaknya sangat simple tapi hasilnya padu. Kangkung rangup, sotong lembut dan sambal belacan yang pedas menyengat, gerenti jadi kegemaran seisi keluarga!
1 ikat kangkung segar
2 ekor sotong sederhana, bersihkan dan hiris
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
4 biji cili api merah
Belacan secukup rasa
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa jika suka
CARA MEMASAK:
2. Masukkan sotong, goreng selama 4-5 minit sahaja supaya sotong kekal lembut dan tidak liat.
3. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa. Kacau rata, cuba rasa dulu supaya cukup sedap.
4. Masukkan kangkung. Tingkatkan api dan kacau sehingga kangkung layu dan semua bahan sekata.
5. Angkat dan hidang segera – paling sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih panas.
Sayur kangkung yang murah berubah jadi hidangan premium bila digabung dengan belacan pedas dan sotong segar.
Resipi pantas dan tak perlu skill tinggi, sesuai untuk semua peringkat tahap memasak.
Pedas, rangup dan penuh rasa, sangat sesuai sebagai lauk pelengkap makan tengah hari atau malam.
Boleh dijadikan menu sihat kerana kangkung kaya serat dan sotong sumber protein rendah kalori.
Sesuai untuk hidangan keluarga, majlis santai dan juga bekal.
INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.
Sup tepung kampung jadi menu nostalgia yang simple, sedap dan mengenyangkan. Cuba resipi mudah ini dengan kuah ikan bilis yang padu serta tepung lembut kenyal.