Telur Sarang ni nampak macam susah tapi sebenarnya mudah je nak buat. Kalau nak buat Laksa Telur Sarang homemade, elok sangatlah puan-puan cuba resipi perkongsian saudari Alia Ismail ni. Lebih kurang macam nak buat telur dadar, tapi ada teknik-tekniknya. Jom tengok!
RESIPI TELUR SARANG
Ads
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
2 ½ sudu makan air
Garam secukup rasa
Minyak masak – banyak
Kuali & sudip
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak.
Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih.
Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar.
Kecilkan api dan tunggu telur hingga garing.
Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak.
Campuran santan dalam sambal memberi rasa berlemak dan enak. Bagi penggemar petai, boleh juga gunakan petai yang dikikis kulitnya jika anda sukakan rasa yang sedikit pahit.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kehidupan sebagai orang bujang selalunya simple. Ketika lapar, boleh saja order melalui aplikasi penghantaran makanan. Ada Food Panda, ada Grab Food. Kalau jemu nak membeli, masak sajalah apa yang ada di dapur.
Salah satu resipi yang sedap adalah telur. Boleh cuba resipi telur sambal kari ini. Simple, tapi sedap.
BAHAN-BAHAN
4 biji telur ayam
Minyak masak
Daun kari
2 biji bawang merah (dikisar)
2 sudu besar cili kering yang telah direbus (dikisar)
6 tangkai cili padi (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikir air
Garam gula secukup rasa
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 sudu kecil sos tomato
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam. Buang kulitnya dan goreng seketika.
2. Kurangkan minyak goreng telur tadi sehingga cukup-cukup untuk menumis.
3. Tumis daun kari. Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, cili padi dan belacan yang sudah dikisar.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5. Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
6. Kemudian, masukkan garam, gula, bawang besar dan sos tomato. Gaul rata.
7. Apabila bahan tumisan mula kering, masukkan telur rebus yang digoreng tadi dan gaul rata.
8. Siap untuk dihidangkan.
Resipi kari telur rebus gerenti sedap ini mudah je nak memasaknya. Ada orang yang suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari. Ada juga yang telur rebus itu tak digoreng. Terpulang pada kesukaan masing-masing ye.
Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga bertukar warna keemasan. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelage. Tumis hingga terbit bau wangi.
Setelah itu, masukkan serbuk kari yang sudah dicampur sedikit air dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan juga sebahagian daun kari dan akar daun ketumbar. Kemudian masukkan hirisan terung. Gaul sekata dan biar seketika hingga minyaknya mula naik. Boleh masukkan air sedikit jika perlu.
Kemudian masukkan santan dan gaul sekata. Terus masukkan pula hirisan tomato, cili besar hijau serta cili padi hijau. Gaul lagi. Dari semasa ke semasa jangan lupa kacau. Tambah air lagi jika kari terlalu pekat. Sesuaikan ikut selera sama ada nak kari pekat atau agak cair.
Akhir sekali, apabila terung sudah empuk, masukkan telur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan ia mereneh beberapa minit agar semua bahan sebati. Setelah itu, tutup api dan tabur sebahagian lagi daun kari yang tinggal. Tutup periuk supaya aroma karinya makin naik. Siap!
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.