Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi mudah yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

 

CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE

 

BAHAN A:

  • 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
  • 3200 ml air

 

CARA MEMASAK:

Cara-Cara Buat Taufu Fa Secara Homemade. Mudah Rupanya!

1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton.
2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan.
3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah.
4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air.

IKLAN

 

BAHAN B ( CAMPURAN GDL):

Cara-Cara Buat Taufu Fa Secara Homemade. Mudah Rupanya!

  • 1 1/2 sudu teh GDL
  • 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu besar air soya yang belum dimasak

 

CARA MEMBUAT:

1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati.
2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.

IKLAN

 

CARA MEMBUAT TAUFU FA:

Cara-Cara Buat Taufu Fa Secara Homemade. Mudah Rupanya!

1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)
2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.
3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.
4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.

Cara-Cara Buat Taufu Fa Secara Homemade. Mudah Rupanya!
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.

Cara-Cara Buat Taufu Fa Secara Homemade. Mudah Rupanya!

IKLAN

 

BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak

Cara-Cara Buat Taufu Fa Secara Homemade. Mudah Rupanya!

  • Air
  • Gula/gula melaka
  • Daun pandan 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis.
2.Tapis dan sejukkan.

 

INFO:

  • Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
  • Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
  • Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Cara-Cara Buat Taufu Fa Secara Homemade. Mudah Rupanya!
GDL ( glucono-delta-lactone) 

Kredit resipi & foto: Siti Zarina Jaidon

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI