Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi mudah yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A:
440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
3200 ml air
CARA MEMASAK:
1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton. 2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan. 3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah. 4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air.
Ads
BAHAN B ( CAMPURAN GDL):
1 1/2 sudu teh GDL
1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung
3 sudu besar air soya yang belum dimasak
CARA MEMBUAT:
1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati. 2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.
Ads
CARA MEMBUAT TAUFU FA:
1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus) 2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas. 3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu. 4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk. 5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.
Ads
BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
Air
Gula/gula melaka
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis. 2.Tapis dan sejukkan.
INFO:
Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional, pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah. Sangat sedap! Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan. Nak cuba buat sendiri? Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 5-10 minit. 2. Ambil loyang Kuih Bengkang dan sapu minyak masak di permukaannya. Panaskan sekejap di dalam ketuhar tadi. 3. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Boleh kacau menggunakan whisk sahaja. 4. Bila semua bahan sudah sebati dan gula pun sudah larut, masukkan ke dalam kuali @ periuk. 5. Masak di atas api sehingga kental. Pastikan guna api sederhana sahaja. 6. Bila adunan sudah kental, alihkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. 7. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam @ lebih pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
8. Jika mahukan kuih yang ada efek hangit di permukaannya, bila sampai 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja. 9. Bila sudah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu barulah dipotong dan dihidangkan.
Macam-macam resipi kuih seri muka ada di internet. Tapi resipi yang satu ni agak berbeza sebab kelainan pada tekstur bahagian atasnya. Menurut individu yang berkongsi resipi ini, dia mahukan bahagian atasnya jadi seperti cream caramel iaitu lembut dan kurang tepung.
Meor Abd Marliza melalui facebook berkongsi resipi ini di group Rasa Share Resepi. Jom cuba buat!
SERI MUKA ALA CREAM CARAMEL
BAHAN LAPISAN BAWAH
600 gram beras pulut (rendam 3 jam sehingga beras pulut kembang dan toskan)
100 ml santan
500 ml air
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Didihkan air kukusan.
2.Satukan semua bahan. Tanak pulut sehingga hampir kering.
3. Masukkan dalam loyang 10 x 10. Boleh juga guna acuan dan tekan sehingga padat.
4. Kukus semula selama 15 minit.
BAHAN LAPISAN ATAS
4 biji telur ayam gred A
3 cawan santan pekat
350 gram gula kastor
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu teh garam
7 helai daun pandan mesin bersama sebahagian santan dan tapis
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS
1. Pukul telur ayam kemudian satukan dengan santan, gula kastor, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
2. Bubuh pewarna dan garam. Gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana dan kacau sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
Biskut batik yang sedap dan mudah dihidangkan. Selepas masak hanya perlu gulung dalam plastik dan bila sudah sejuk boleh potong ikut ketebalan yang kita suka.
BISKUT BATIK GULUNG BAHAN-BAHAN:
Biskut marie sepeket, (patah-patahkan)
480gm milo sepeket
250gm Butter/Mentega
Suku tin susu pekat (ikut citarasa anda)
Esen vanila (pilihan)
Kacang campuran (pilihan)
CARA MEMASAK:
Masukkan butter, susu, & vanila dalam kuali dan kacau rata.
Masukkan milo bila butter sudah cair sepenuhnya. Gunakan api sederhana.
Kemudian masukkan biskut dan kacang. Kacau hingga sebati.
Masukkan dalam plastik bungkus makanan dan bentukkan macam dalam gambar (langkah ini kena cepat buat sebelum adunan sejuk, kalau dah sejuk susah nak bentuk)
Masukkan dalam peti sejuk, lepas sehari dah boleh potong.
Info: Biasa buat ikut resipi ini boleh dapat dalam 7 plastik. Dalam 15 minit dah siap bungkus.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!