Cara-Cara Buat Jala Mas Sedap & Mudah Secara Homemade

Share

Manisan Jala Mas ni memang sedap. Ia adalah salah satu manisan tradisi orang Kelantan

. Jika di Pahang, ia merupakan salah satu bahan wajib ada dalam pembuatan manisan Puding Raja. Dek kerana harganya yang agak mahal, ramai yang beranggapan ia sangat susah disediakan. Tapi pengasas perniagaan bakeri online Mr Creampuffs, saudara Adri Oppa bermurah hati nak kongsi cara mudah untuk menyediakan manisan ini. Jadi bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Memang sedap dan jimat.

 

RESIPI JALA EMAS HOMEMADE #MRCREAMPUFFS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • Tepung jagung ( hujung sudu sahaja)

BAHAN AIR GULA:

  • 200gm gula pasir
  • Sedikit/ sebiji kecil gula batu ( bertujuan supaya jala mas nanti jadi berkilat)
  • 300gm air
  • Sedikit daun pandan

Barang nak masak tak cukup? Mudah je. Order secara online DISINI. 

CARA MEMASAK:

1. Satukan kuning telur, esen vanilla dan tepung jagung. Kacau guna garpu hingga sebati.

2. Tapis campuran kuning telur tadi dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.

3. Bagi menyediakan air gula, masak semua bahan seperti biasa dan gulanya larut.

4. Keluarkan daun pandan dan bolehla mula menjala. Pastikan api yang digunakan kecil sahaja.

5. Untuk menjala, potong sedikit hujung piping bag dan picit adunan telur ke dalam periuk berisi air gula.

6. Dengan menggunakan lidi, angkat jala mas dan letak dalam tapis.

7. Ulang hingga habis. Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat Puding Raja.

Kredit resipi & foto: Adri Oppa (Mrcreampuffs)

 

Tengah usha PENGISAR baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN