Cara-Cara Buat Coklat Bounty Bar Secara Homemade. Wow! Mudah Je Rupanya.

Share

Andai ke Langkawi, coklat Bounty Bar ni memang antara yang popular dan ramai orang cari. Anda teringin nak makan tapi susah nak ke sana? Nah…buat sendiri. Mudah je uols! Jom lihat resipi perkongsian saudari Lina Wahab

ni.

BAHAN-BAHAN:

  • Beryl’s Dark Chocolate
  • Kelapa kering
  • Susu pekat manis

( jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah kelapa yang digunakan.)

CARA MEMASAK:

1. Satukan kelapa kering bersama susu. Jumlah susu jangan terlalu banyak. Memadai supaya senang dikepal.

2. Setelah kelapa siap dikepal, susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit.

3. Cairkan coklat masakan dalam microwave selama 30 minit dan kacau hingga cair.

4. Keluarkan bar kelapa yang disejukkan tadi dan celupkan dalam coklat cair.

5. Sejukkan sekali lagi dalam peti sejuk selama 15 minit.

6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Lina Wahab

IKLAN