Cara-Cara Buat Chicken Wrap Ala Twister Yang Sangat Sedap.

Share

Nak pikat selera anak, kaum ibu haruslah menjadi kreatif dalam penyediaan makanan. Antara yang menjadi pilihan tentulah sajian yang sedap, mudah dan ringkas namun pada masa yang sama mempunyai khasiat. Nak cuba sediakan Chicken

Wrap yang sedap untuk si kecil? Resipi perkongsian saudari Fatimah Ali
ini antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI CHICKEN WRAP ALA TWISTER

BAHAN-BAHAN:

  • Roti Tortila secukupnya
  • 1 paket nuget ayam
  • 1 paket sosej
  • 1/2 batang timun jepun – potong dadu
  • 3 biji tomato – potong dadu
  • 1 pokok salad – hiris halus
  • 5 sudu makan mayones
  • Sos cili secukupnya
  • Sedikit garam dan gula
  • Perisa tambahan – ikut selera masing-masing

CARA MEMASAK:

1. Ambil roti tortilla dan panaskan seketika di dalam kuali.

2. Goreng nuget dan sosej hingga masak. Angkat, tos minyak dan potong kecil. 

3. Dalam bekas yang besar, satukan sosej, nuget, timun, tomato, salad, mayones, sos, garam, gula dan perasa. Gaul rata dan pastikan cukup rasa.

4. Ambil sekeping tortila, sudukan inti secukupnya dan lipat ikut kreativiti masing-masing. 

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fatimah Ali

 

IKLAN