Cara-Cara Buat Bergedil Tempe Paling Sedap & Mudah.

Share

Biasanya kalau buat bergedil

, ia dihasilkan dari ubi kentang yang diadun bersama bahan-bahan lain. Nak cuba Sesutu yang lain dari biasa? Menu Bergedil Tempe perkongsian saudari Rosmy Hashim ni boleh anda cuba. Pasti sedap dan membuka selera.

 

CARA BUAT BERGEDIL TEMPE PALING SEDAP & MUDAH

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tempe
  • 2 biji telur
  • 1 pokok daun bawnag
  • Sedikit hirisan bawang besar
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • Sedikit serbuk perasa

CARA MEMASAK:

1. Patahkan tempe dan tumbuk hingga lumat.

2. Gaulkan tempe bersama daun bawang, bawang besar, bawang putih, lada hijau, serbuk perasa dan sebiji telur. Gaul rata.

3. Cubit doh dan kepalkan ikut saiz yang dikehendaki. Simpan seketika dalam peti sejuk bagi mengelakkan bergedil hancur semasa digoreng.

4. Pecahkan sebiji lagi telur dan pukul sedikit. Celup bergedil tadi dan goreng menggunakan api kecil hingga garing.

5. Bergedil siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosmy Hashim

IKLAN