Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

Share

Tomato

puree atau dalam bahasa Melayunya Puri Tomato adalah salah satu bahan masakan yang banyak gunanya dalam masakan. Jika tiba-tiba nak masak tapi stok habis, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri secara homemade. Amat mudah! Malah, tomato puree homemade perkongsian AJ Idris ini juga tahan lebih kurang seminggu. Jadi, jom lihat cara-cara pembuatannya.

 

CARA-CARA BUAT TOMATO PUREE SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tomato masak
  • Minyak zaitun secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Basuh tomato dan belah dua. Asingkan isi tomato ke dalam bekas berlainan.

2. Buang isi tomato guna sudu macam dalam gambar di bawah.

3. Rebus tomato sampai mendiidh. Kemudian padamkan api. Jangan rebus lama. Tapis dan sejukkan buah tomato tadi.

4. Bila tomato dah sejuk, kupas kulit luar hingga habis.

5. Kisar tomato tadi hingga hancur tanpa letak air.

6. Masak seketika kisaran tomato tadi. Ia bertujuan untuk memekatkan puri. 

7. Sejukkan puri tomato tadi dan simpan dalam bekas bersesuaian. Masukkan minyak zaitun di permukaan puri supaya tahan lama.

8. Jika suka, lebihan isi tomato boleh dinikmati dengan kicap. 

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: AJ Idris

IKLAN