Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yang Asli, Sukat Guna Cawan Je

Share

 

Sekarang ni kuih tepung boko ubi kayu tengah viral kan. Sana sini orang mula buat dan jual untuk dapatkan pendapatan sampingan.

Kalau nak rasa tepung boko ubi kayi yang asli, ini resipinya. Cubalah. Orang kata, resipi tradisi ni biar berpanjangan. Kan?

TEPUNG BOKO UBI KAYU

Bahan-bahan
3 cawan air
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
3 cawan ubi kayu (diparut)

Cara membuat
1. Isikan air dalam periuk. Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campur dengan 3 cawan ubi kayu parut. Gaul rata. Kukus 30 minit.

Bahan Lapisan Atas
1 cawan santan pekat boleh guna santan kara.
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam

Cara membuat lapisan atas
1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masak atas api kejap sahaja sambil kacau. Api kecil.
2. Bila dah pekat sikit tutup api. Kacau sebati dan tuang atas ubi yang dikukus tadi. Siap.

Resipi oleh Amylia Haidir di Telegram KakiMakan

IKLAN