Dok pikir bau apa la manis2.Rupa2nya, bau tapai. Lupa plak mlm jumaat bru ni aku buat tapai ni..
Nasib Xde semut 😂Alhamdulillah, manis sgt. Simpan dlm peti dulu, esok mkn. Nikmatnya mkn sejuk2..
Sape suka? 😘
Tapai Pulut Manis
Ads
Bahan-bahan:
1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tp yg ni sy xjemur pon. Hancurkan ragi, sy letak dlm plastik dan ketuk guna alu lesung, nnti nak guna baru ayak guna penapis teh)
-bekas dadih/daun getah/daun pisang. (sy guna bks dadih je)
Cara memasak:
1.Basuh beras pulut bersih2 dan rendam min 2jam..
2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min..
Ads
3.Siramkan pulut yang telah dikukus dgn 3cawan air, sambil kaup balik.. (sy xalihkan pulut kedalam bekas, sy siramkan air trus dr pngukus)
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap..
5.Tutup api dan alihkan pulut yg telah masak kedalam dulang besar utk disejukkan. (Ratakan pulut td, supaya cpt sejuk)
6.Biarkan pulut betul2 sejuk..
7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi keatas pulut, balik2kan pulut td, ayak ragi keatas pulut skli lg.. (agak2 ragi rata pd pulut)
8.Sudukan pulut td kedalam bekas dadih/daun getah.
9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (sy letak dlm besen)
10.Balut besen tersebut dgn Kain..
Simpan di tempat yg gelap slma 2hari..
Selepas 2 hari, baru tgk tapai tu ye..
Ads
InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair.. 😋
Selamat mencuba 😊
credit : Siti Norizan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tetamu Rasa Instafamous episod ke 8 memang hebat orangnya. Dua blognya cukup dikenali di alam maya. Citarasawan dan resipicitarasawan sudah ditulis sejak 10 tahun lalu hingga kini. Pengikutnya sudah mencecah ke jumlah 200,000.
Wanita di sebalik kedua blog popular ini ialah Kak Wan atau nama sebenarnya Wan Rugayah Wan Muhamad, 54 tahun yang berasal dari Kelantan.. Ibu kepada tiga cahayamata dan suri hati Dr Saadin Kadir. Mulai awal tahun ini Kak Wan terus mengorak langkah dengan membuka akaun instagram @kakwan_ct.
Bekas akauntan dan kini suri rumah ini melahirkan rasa syukur dan bangga ,walaupun dia hanya berkarya dari rumah tetapi hasil tulisan mengenai masakan di alam maya rupa-rupanya menyebabkan dirinya dikenali ramai dan secara langsung membuka banyak pintu rezeki yang lain. Diundang oleh stesen tv dan menjadi penilai dan membuat ‘review’ produk makanan.
Namun pengalaman di rancangan Rasa Instafamous tetap memberi pengalaman cukup berharga buat dirinya.
“Semasa masih bekerja dahulu, Kak Wan jarang ada masa untuk memasak. Setelah mengambil keputusan bersara awal , setiap kali menghantar anak ke sekolah dan menunggu anak balik kak Wan akan duduk di perpustakaan sambil membaca dan meneliti resipi dan cara memasak di majalah dan buku. Masa tu di internet resipi belum banyak lagi seperti sekarang.
Selepas berhenti kerja, Kak Wan berkobar semangat nak belajar memasak dan banyak juga melalui proses ‘trial and error’. Yang penting bila kita faham resipi dan tahu istilah dan ‘method’, insyaAllah boleh memasaknya.
Kemudian Kak Wan mula berkongsi resipi, mula-mula dengan menyumbang resipi di laman web grup dan setahun selepas itu atas cadangan dan bantuan anak sulung Muhamad Sarudin, mula menulis untuk blog sendiri mulai 2008. Akhirnya januari tahun ini membuka akaun instagram @kakwan_ct,” ceritanya pada RASA.
Kini memasak dan berkongsi resipi dan travelog adalah rutin hariannya. Dalam laman Facebooknya pula Kak Wan turut mempunyai album untuk setiap jenis masakan. Kak Wan kini arif dengan masakan Kelantan, Perak, Johor dan negeri-negeri lain. Masakan Cina, Jepun, Thailand dan resipi tradisional yang lain. Juga puding, roti dan kuih muih.
Malah kini mempunyai koleksi masakan yang diolah sendiri. Seperti masakan olahan dari tauhu, ubi kentang, keledek dan sebagainya yang mempunyai link ke blognya. Kak Wan juga kini aktif membuat gubahan hantaran dan cenderahati perkahwinan berupa wajik dan pulut kuning. Impiannya adalah untuk membuka kelas dan akademi masakan tradisional.
Dalam Rasa Instafamous ni Kak Wan berkongsi 3 resepi yang diolahnya sendiri melangkaui sempadan dan bangsa. Sajian ini diolah dengan bahan ramuan memenuhi citarasa muhibbah rakyat Malaysia.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN-BAHAN (DITUMIS ):
CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan tumis hingga halus. Kemudian, tumis hingga naik bau.
2. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.Gaulkan bersama isi ayam dan udang kisar, hirisan daun limau, serbuk pati ayam, garam dan gula hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan dan lilitkan pada batang serai.
4. Bakar dalam kuali anti lekat yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
5. Balut dahulu hujung batang serai dengan kertas aluminium untuk mengelakkannya hangus.
Bahan sambal kicap :
Cara memasak (sambal kicap)
1. Satukan kicap, hirisan cili, bawang, gula dan garam.
2. Gaulkan dan perah dengan jus limau kasturi.
3. Sedia untuk dihidang bersama sate lilit.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Cuci udang, belah belakang dan toskan hingga kering.
2. Gaulkan udang dalam tepung hingga rata.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga tepung keperangan.
4. Toskan dan ketepikan.
Bahan-bahan (Pes Kari Kam Hiong):
Bahan-bahan (Tumis):
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang merah cincang, serai dan udnag kering hingga naik bau.
2. Masukkan bawang hiris kasar, cili padi dan daun kari dan tumis.
3. Masukkan pes Kari Kam Hiong (kesemua bahan dicampur) dan kacau sebati.
4. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK:
1. Satukan gula merah, air dan daun pandan.
2. Masak hingga larut, kemudian tapis. Biarkan sejuk.
3. Rendam biji selasih hingga kembang, cuci sagu dan toskan.
4. Masak air hingga mendidih kemudian masukkan sagu.
5. Masak sagu hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan toskan.
6. Basuh sagu hingga kanjinya hilang.
7. Gaulkan sagu dengan selasih.
8. Dalam periuk, satukan santan, gula, garam dan air.
9. Masak sehingga panas, tidak perlu mendidih.
10. Setelah sejuk, gaulkan dengan sagu selasih.
11. Hidangkan dengan sirap gula merah dan potongan buah-buahan.
12. Sedia untuk dihidang.
Teruskan menonton Rasa Instafamous dengan resipi menarik dan instafamous yang lain tentunya di saluran Asro Prima 135 dan Maya HD 105 pada hari Isnin , Jam 1200 tengahari.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1. Sapukan mayonis pada roti di bahagian depan dan belakang. 2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua. Saya pakai 1 ½ atau dua keping roti lenyek.
Anda menyukai agar-agar gula merah? Boleh buat sebagai pemanis mulut untuk minum petang. Agar-agar ni terasa nikmat bila dimakan sejuk. Boleh juga dibuat untuk jualan. Kalau nak cuba buat boleh ikut resipi yang dikongsikan ini.
Agar-Agar Gula Merah
Bahan-bahan: *1 paket agar-agar tali (20gm) *3 sudu besar gula {ikut suka kita) *250gm gula Merah { ikut suka kita) *1 liter air *1 ketul Gula Melaka ( boleh masukkan gula batu sedikit kalau nak. Humie jarang masukkan) *Daun pandan (Tak letak, tak pe. Tapi, kalau letak… ia lebih wangi & aromanya sedap) 200ml santan + air (sukatan dalam kotak santan juga.. 200 ml juga agaknya) Secubit garam
Cara membuat: 1.Didihkan air dalam satu periuk dan letak barang-barang yang bertanda *. Dalam rice cooker pun boleh. 2.Masa agar-agar tengah didih, ambil satu mangkuk. Tuang santan kotak kecil. Kemudian, dalam kotak yang sama, isi air penuh sukatan dalam kotak. Tuang dalam mangkuk tadi. Letak garam secubit. Sebatikan (Kacau sekejap saja). 3.Apabila agar-agar dah hancur. Perlahankan api dan tuang campuran santan, air, telur dan garam tadi. Kacau perlahan berterusan hingga ia menggelegak dan mula naik buih. Jangan ditinggalkan waktu ni. Kalau buih tu melimpah keluar, rasanya memang agak kurang sikit.
4.Basahkan Loyang sedikit sebelum adunan dituang kedalamnya. Kredit: Humie Kalsum Kamaruddin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.