Cara Buat Tapai Pulut Manis Yang Mudah & Sedap

Share

Resipi sedap dan mudah untuk tapai pulut manis. Tapai ni makan sejuk-sejuk memang layan.

Buat mereka yang ada suka makan tapai pulut manis, boleh cuba resipi yang dikongsikan Lind Razak ini.

 

TAPAI PULUT MANIS

BAHAN-BAHAN:

1kg beras pulut – beli online di sini
1 biji ragi (seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)


Bekas dadih/daun getah/daun pisang (saya guna bekas dadih)

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

TONTON Koleksi Daging | Projek Lockdown #GerentiJadi

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.


3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10min atau sehingga naik wap.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan (ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk). Biarkan pulut betul-betul sejuk.


6.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi (agak-agak ragi rata pada pulut).

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
8. Susunkan ke dalam bekas sesuai (saya letak dalam tong toyogo). Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.
9. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk-sejuk. InsyaAllah, menjadi. Tapai manis dan berair.

Kredit resipi: Lind Razak

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN