
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat tapai pulut. Tapai pulut sedap dimakan sejuk-sejuk. Selepas pulut selesai menjadi tapai, simpan dalam pei sejuk. Biarkan sejuk dahulu, kemudian barulah dinikmati. Memang sedap!
Tapai pulut boleh dibuat dengan berbungkus daun getah. Boleh juga dibungkus dengan daun pisang.
Jom kita lihat resipinya.
TAPAI PULUT DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN
500 gram beras pulut
1 biji ragi (dijemur dan dihancurkan)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Basuh beras pulut. Rendam selama dua jam.
2. Toskan air. Kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siram pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air. Kaup balik.
4. Kukus lagi beras pulut selama 10 minit.
5. Tutup api dan alihkan pulut ke atas dulang besar supaya sejuk. Tunggu sehingga pulut betul-betul sejuk.
6. Ayak ragi ke atas pulut. Kaup balik supaya ragi rata.
7. Letakkan sesudu pulut ke atas daun pisang. Bungkus kemas.
8. Ulang sehingga selesai. Simpan tapai yang siap berbungkus dalam besen besar.
9. Balut besen dengan kain. Tunggu selama dua hari atau sehingga pulut menjadi tapai.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ismail Izzani Masak Nasi Minyak, Kurma Ayam Dan Popia Sambal Dengan Chef Wan, Mesranya ‘Cucu’ & ‘Atuk’

Tercuit hati melihatkan kemesraan penyanyi muda Ismail Izzani dengan Datuk Chef Wan. Chef Wan membahasakan dirinya sebagai atuk kepada Ismail, iyelah beza jurang tiga generasi tu ibarat pangkat cucu tu. Gurau senda dan gelak ketawa menyulami sembang mereka.
Dapur hari tu berkumandang nyanyian Ismail menceriakan Datuk Chef Wan pada hari itu. Anak kepada Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi wajah ibunya tetapi juga kemerduan suaranya.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua, episod ke 16 Chef Wan seronok melayan ‘kerenah’ Ismail yang kelihatan mesra sekali dengan ‘atuknya’. Ismail memang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua.
Ismail menunjukkan minat masak bila sempat bertanya apa rahsia memasak Chef Wan yang menjawab.”Memasak ni kena penuh minat dan kegembiraan dengan niat untuk menggembirakan hati orang lain yang menikmatinya”.
Bagi yang tak berkesempatan menyalin resipi ni dia tiga masakan dari dua selebriti ini.
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
- 125 ml minyak sapi
- 10 biji bawang merah kecil (hiris)
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- 2 helai daun pandan (cerai-ceraikan)
- 1 kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 6 kuntum bunga cengkih
- 10 biji badam
- 125 ml stok ayam
- 4 sudu besar susu sejat
- 125gm beras basmathi
- 4 sudu besar air mawar
- Saffron
- Halia
- Garam
- Kismis hitam & kuning (kisar)
- Kismis hitam & kuning (tidak kisar) Bahan hiasan :
- Bawang goreng
- Kismis
- Kacang
- Badam goreng
- Daun ketumbar CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan daun pandan, bawang merah kecil, halia, dan bawang putih yang dihiris halus. Kacau sehingga warna keperangan dan naik bau.
4. Masukkan kismis hitam dan kuning yang telah dikisar ke dalam periuk dan sedikit badam.
5. Setelah itu, masukkan beras basmathi, kismis dan dikacau bagi sebati.
6. Masukkan stok ayam dan susu sejat. Kacau beras bagi sebati.
7. Masukkan saffron, garam dan biji badam ke dalam periuk.
8. Tuangkan air mawar dan masukkan lagi biji badam. Tunggu sehingga nasi siap masak.
9. Letakkan bahan-bahan hiasan setelah nasi siap dimasak.
2. KURMA AYAM
BAHAN-BAHAN :
- ½ ekor ayam (dipotong)
- 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
- 2 biji tomato merah, didadu
- 1 biji cili merah, belah 2
- 1 biji cili hijau, belah 2
- 1 biji bawang besar belah 4
- ½ cawan pati santan
- 1 camca besar bawang goreng
- 2 ½ camca besar penuh rempah kurma
- 3 sudu makan yoghurt perisa asli
- Minyak masak
- Asam gelugor
- Garam
- Gula
- Air
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 biji buah keras
- Daun pudina
Bahan Tumis:
- 2 tangkai daun kari
- 1 biji bawang besar, hiris
- 3/4 camca teh jintan kasar
- 3/4 camca teh jintan halus
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- Halia
- Bawang putih
- Daun pandan
Bahan Hiasan:
Daun pudina
Daun ketumbar
Limau kasturi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, jintan halus dan jintan kasar. Tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daun pandan, daun pudina, dan semua bahan kisar ke dalam periuk.
4. Masukkan rempah kurma, ayam, santan dan air. Kacau bagi sebati dan reneh sampai ayam masak.
5. Masukkan garam, gula, kentang dan tomato. Reneh sehingga kentang empuk.
6. Masukkan bawang goreng dan bahan-bahan hiasan. Hidangkan panas dengan nasi.
3. POPIA SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia
- 1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)
Bahan Inti:
- 1/2 biji kobis (hiris nipis)
- 2 batang lobak merah (sagat)
- 3 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
- ½ biji sengkuang (hiris nipis)
- 10 ekor udang (dicincang halus)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- Sos tiram
- Kicap cair
- Daun ketumbar
- Garam
- Serbuk lada sulah
- 2 sudu besar minyak
- Minyak untuk menggoreng Bahan hiasan:
- Bawang goreng
- Bijan
Bahan sos :
- 3 sudu besar cili kering kisar
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- Kismis
- Bawang merah
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan udang.
2. Masukkan tauhu, kicap cair, sos tiram, dan semua sayuran. Kacau sehingga agak layu.
3. Masukkan daun ketumbar, bawang goreng, bijan dan sedikit garam.
4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
5. Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap.
6. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
DAN JUGA RESIPI INI :
Muffin Telur Berkeju Dengan Inti Ayam, Ramuan Agak-agak Aje.
Resipi Kek Span Pandan Gebu & Sangat Mudah Buat.

Kek yang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba buat Kek Span Pandan. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
KEK SPAN PANDAN GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur (*)
- 1/2 cawan gula (*)
- 1 sudu besar ovalette (*)
- 1 sudu teh esen pandan (*)
- 3/4 cawan tepung self rising (*)
- 1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
- Sedikit pewarna hijau (*)
- Secubit garam (*)
- 3 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman
Cara Buat Pizza Homemade Guna Bahan Murah & Mudah.

Sedapnya pizza homemade ni. Anak-anak anda suka makan sajian ni? Apa kata anda cuba hasilkan sendiri. Tak susah pun nak buat sendiri adunan doh pizza ni. Malah toppingnya juga boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Resipi perkongsian Rajuna Bakar ni memang terbaik. Cubalah.
RESIPI PIZZA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg tepung gandum
- 220ml air biasa
- 1biji telur
- Sedikit garam
- 20gm susu tepung
- 100gm gula kastor
- 1 sudu besar yis
BAHAN-BAHAN TOPPING (CADANGAN)
- Satu labu besar bawang holland
- Sosej
- Keju Mozarella
- Sos pasta original
- Daun oregano
- Isi ayam (sudah direbus terlebih dahulu)
CARA MEMASAK:
1. Bancuhkan dulu yis, air, gula sekata (Bancuh secara manual). Biarkan hingga 10 minit
2. Kemudian baru campurkan dengan bahan-bahan lain.
3. Uli sampai dapat doh elastik (biarkan rehat dalam 30 minit)
4. 1/2 kg tepung dapat 4 keping pizza. Bahagikan 4 bahagian.
5. Ambil satu bahagian dan canai dalam pan (ratakan seperti dalam gambar). Cucuk-cucukan doh pizza tadi dengan garfu (supaya udara senang keluar dan doh tidak menggelembung ketika dibakar)
6. Isikan topping ikut kegemaran anda.
7. Bakar suhu 160’c dalam masa 16 min (Bergantung pada oven masing-masing)
Kredit resipi & foto: Rajuna Bakar