Cara Buat Sweet Pancake Ala Hotteok, Ikut Resipi Ini Gerenti Jadi

Share

Hari ini nak feeling Korea. Dapat idea dari korean sweet pancake Hotteok. Saya tambah bahan-bahan ikut citarasa. Inilah hasilnya setelah mencuba dan rasanya sangat sedap dan lembut. Disertakan resipi kalau ada yang nak mencuba.

SWEET PANCAKE ALA HOTTEOK
BAHAN A
2 biji kentang sederhana besar ( kukus/ rebus & lenyek)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula pasir


2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
Sedikit garam
Air suam secukupnya
Minyak/ butter untuk goreng
Bijan untuk hiasan
Inti ikut citarasa (saya letak kacang merah & cheese mozarella)
Minyak masak untuk sapu dekat tapak tangan

CARA MEMBUAT:
1.Masukkan semua bahan-bahan A di atas dan gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat dekat tangan. Jangan terlalu lembut atau keras. Rehatkan sebentar agak-agak 30 minit.
2.Cukup masanya uli sebentar biar doh sekata kemudian bolehlah mula bentukkan. Ambil sedikit minyak, sapu atas tapak tangan dan ambil sedikit doh, leperkan doh tadi seperti nak buat kuih bom. Masukkan inti dan tutup kemas-kemas.


3.Bulatkan cantik-cantik. Golek dalam bijan sehingga rata kemudian. Bulatkan di tapak tangan supaya bijan melekat cantik. Buatlah sehingga habis dan bolehlah goreng menggunakan non stick pan.


4.Letak sedikit minyak atau butter dan masukkan bebola tadi,buat satu-satu ye.
5.Tekan menggunakan sudip supaya leper ikut saiz yang disukai. Balik-balik kan dan masaklah sehingga warnanya perang cantik. Ulanglah sehingga habis. Siap untuk dihidang.


Kredit: Syana Anuya Manmad

INGIN DAPATKAN KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN